CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5576|Reply: 0

[Sarawak] Tiada penemuan baharu, Operasi CARILAMAT mangsa terakhir tragedi VNT karam ditamatkan

[Copy link]
Post time 30-12-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan Maritim Malaysia ketika menjalankan Ops CARILAMAT nelayan hilang di perairan tersebut.

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menamatkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa terakhir tragedi vesel nelayan tempatan (VNT) yang karam di perairan Pulau Burong.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata, operasi ditamatkan sekitar jam 6 petang tadi setelah tiada penemuan baharu tragedi kapal karam tersebut.

Bagaimanapun katanya, operasi akan disambung semula sekiranya terdapat sebarang penemuan dan petunjuk baharu diperolehi.  

Untuk rekod, keluasan pencarian pada hari ini ialah 439.97 batu nautika persegi, menjadikan jumlah keseluruhan radius pencarian dari hari pertama sehingga hari kelima adalah seluas 1671.92 batu nautika persegi meliputi perairan Tanjung Sipang sehingga ke Triso, katanya.

Terdahulu, VNT dengan enam kru warga asing itu bergerak dari jeti Tanjong Bako di sini ke laut untuk menangkap ikan pada 17 Disember lalu.
Pada 20 Disember, bot nelayan itu terputus hubungan dan dikhuatiri karam.

Susulan itu, Maritim Malaysia mengaktifkan Ops CARILAMAT setelah menerima maklumat mengenai kejadian terbabit daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuching.

Setakat ini, lima daripada enam nelayan warga asing itu yang ditemui selamat adalah Oeun Van, Khlok Sem dan Thy Ny masing-masing merupakan warga Kemboja serta dua rakyat Indonesia dikenali Andikah dan Irman.

Sementara seorang nelayan masih hilang ialah Chaloem Sonada, warganegara Thailand.

Sebanyak 10 agensi terlibat dalam Ops CARILAMAT itu iaitu Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM), Sarawak CoastGuard (SCG), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, operasi juga mendapat bantuan tidak langsung daripada Jabatan Laut Malaysia Sarawak (JLM), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS).

Maritim Malaysia dalam pada itu menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi terlibat secara langsung atau tidak yang telah bertungkus lumus dalam Ops CARILAMAT sepanjang lima hari ia berlangsung.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau 082-432016 atau talian kecemasan 999 untukmaklum balas segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.215626 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list