CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8042|Reply: 0

[Sarawak] Laluan alternatif di kawasan The Northbank selepas penutupan jalan

[Copy link]
Post time 30-12-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode


Wakil kontraktor (kanan) dari Blue Line Pakej 1 Sarawak Metro bercakap kepada salah seorang penduduk di kawasan The Northbank bagi menangani kebimbangan mereka berikutan penutupan jalan dan perkembangan pembinaan yang sedang berjalan.

KUCHING: Laluan alternatif telah disediakan bagi pengguna trafik di The Northbank selepas penutupan jalan di kawasan itu baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Sarawak Metro semalam, penutupan jalan itu perlu untuk pembinaan stesen Autonomous Rapid Transit (ART) di jalan berhampiran pangsapuri servis Avona Residence  dalam kawasan The Northbank.

Penutupan akan kekal berkuat kuasa sehingga siapnya Stesen SM07.

Stesen ART di The Northbank akan menjadi sebahagian daripada pembangunan Pakej Blue Line 1 projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Kontraktor Pakej Blue Line 1 projek KUTS, syarikat usaha sama yang dianggotai oleh Ibraco Construction Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (ICJV), baru-baru ini bertemu beberapa penduduk di kawasan terbabit bagi menjelaskan keperluan jalan tersebut.

“Penutupan dan laluan alternatif baharu itu bakal memudahkan pergerakan mereka.

“Penduduk ini termasuk pengusaha perniagaan di rumah kedai berhampiran serta mereka yang menginap di Avona Residence,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada masa yang sama, Sarawak Metro Sdn Bhd dan kontraktor Blue Line Package 1 menegaskan bahawa pihaknya amat komited untuk memastikan gangguan aliran trafik di kawasan itu akan diminimumkan semasa pembinaan stesen dan lorong khusus untuk ART, tambahnya kemudian.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Sarawak Metro, melalui kontraktornya juga akan terus berhubung dengan penduduk yang terjejas bagi memastikan mereka mendapat maklumat terkini tentang perkembangan berkaitan projek KUTS di kawasan mereka.

Laluan Biru, dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange, sedang dibangunkan dalam dua pakej.

Pakej 1 melibatkan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja infrastruktur dari Rembus di Kota Samarahan ke Stutong.

Bagi Pakej Blue Line 2, yang dianugerahkan kepada syarikat usaha sama terdiri daripada Perbena Emas Sdn Bhd dan China Road & Bridge Corporation, ia akan melibatkan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja infrastruktur dari Stutong ke Hikmah Exchange di pusat bandar.

Selain daripada membina lorong dan stesen khusus untuk projek KUTS, skop kerja untuk Pakej Blue Line 1 dan Pakej 2 juga termasuk pelebaran jalan dan peningkatan infrastruktur penting yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048027 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list