CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8002|Reply: 0

[Sarawak] Banyak pusat peranginan beroperasi kerana tarikan Taman Negara Niah

[Copy link]
Post time 30-12-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim menerima cenderamata daripada Ripin sambil disaksikan Lukanisman dan ahli-ahli PBB di Miri hari ini.

MIRI: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin akan banyak tempat peranginan dibangunkan di sekitar kawasan menuju ke Taman Negara Gua Niah di sini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Beliau berkata, ia sekali gus akan menjana pendapatan kepada penduduk yang terlibat dalam industri pelancongan.

Menurutnya, kementerian beliau akan membantu meningkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke kawasan itu.

"Penduduk Miri sangat bertuah kerana dua tapak warisan dunia UNESCO berada di bahagian Miri iaitu Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah.

"Kita akan mempromosikan di luar negara supaya lebih ramai akan datang. Sesiapa yang datang ke Miri mesti pergi ke Gua Niah.

"Bila pergi ke Gua Niah dalam perjalanan akan bertumbuhlah pusat peranginan. Beri tempoh lima sehingga 10 tahun lagi.

“Lebih banyak pusat peranginan akan tumbuh di kawasan ini. Selain itu, akan untung ialah mereka di kawasan ini yang berpandangan jauh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Perwakilan Badan Induk, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PBB Lambir di sini petang tadi.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu berkata industri pelancongan di kawasan utara Sarawak termasuk Lambir dan Bekenu memiliki potensi yang besar.

Beliau yakin lebih ramai pelancong akan datang ke Miri apabila syarikat penerbangan milik Sarawak memulakan operasinya pada tahun depan.

"Miri akan menjadi satu destinasi, di mana pesawat dapat membawa ramai pelancong.

“Kalau pelancong ramai datang, ini menunjukkan ekonomi kita dalam industri pelancongan terus meningkat," jelasnya.

Katanya, ahli-ahli PBB peringkat ranting dan cawangan boleh memainkan peranan membantu meningkatkan ekonomi penduduk dengan menggalakkan mereka terlibat dalam industri pelancongan seperti menjual hasil tani dan kraf tangan.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti dan Ketua PBB Pujut Dato Lukanisman Awang Sauni serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Lambir dan Ketua PBB Lambir Datuk Dr Ripin Lamat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.269131 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list