CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32527|Reply: 1

[Tempatan] Kak Cik ke rumah bapa hari ini selepas hilang sejak Jumaat - Ibu

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Kak Cik ke rumah bapa hari ini selepas hilang sejak Jumaat - Ibu

https://www.bharian.com.my/berit ... ng-sejak-jumaat-ibu

Oleh Nurul Fatihah Sulaini - Disember 30, 2024 @ 5:05pm
[email protected]


Keratan berita disiarkan BH Online

BESUT: Remaja perempuan, Nurul Dania Balqis Stimat yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dari kediaman datuknya di Kampung Pengkalan Sentul, Seberang Jertih, ditemui selamat, hari ini.

Ibunya, Noor Hayuni Mohd Noor, 42, berkata anak ketiga daripada tujuh beradik yang lebih mesra dipanggil sebagai Kak Cik berusia 16 tahun itu dikatakan ke rumah bapa remaja terbabit di Bukit Keluang, di sini, pagi tadi.

"Sepupu kepada ayah Dania memaklumkan perkara itu kepada saya kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum saya meminta adik lelaki untuk pergi melihat keadaannya di sana.

"Dania selamat dan mereka berada di balai polis untuk diambil keterangan sebelum pulang ke rumah.

"Saya kini dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kampung Pengkalan Sentul. Saya belum bertanya Dania mengenai ke mana dia pergi sejak keluar rumah pada Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noor Hayuni berkata, adik lelakinya membantu menguruskan hal Nurul Dania Balqis sehingga beliau tiba di kampung nanti.

"Saya dan bapa Dania sudah berpisah. Dia dijaga oleh kedua-dua ibu bapa saya di Kampung Pengkalan Sentul," katanya.

Sementara itu bapa saudara remaja terbabit, Ruhaizal Azamie Mohd Noor berumur 30-an, berkata difahamkan Nurul Dania Balqis keluar mengikut kawan yang kemudian menghantarnya ke rumah bapa pada pagi tadi selepas tular berita kehilangannya dari rumah datuk.

Semalam, Noor Hayuni dipetik meminta Nurul Dania Balqis pulang selepas dilaporkan hilang dari rumah sejak Jumaat lalu. Beliau juga memberitahu bahawa difahamkan sebelum remaja itu hilang, berlaku sedikit perselisihan faham antara Nurul Dania Balqis dengan adik lelaki.

Noor Hayuni dilapor memaklumkan bahawa Nurul Dania Balqis adalah orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran, dan kejadian berlaku ketika beliau tiada di kampung kerana menetap serta bekerja di Kuala Lumpur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak duk kl keje kat sini, ayah hidup lagi ada kat terengganu gak tp anak2 duk ngan atuk nenek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.545336 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list