CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40137|Reply: 8

‘Rasa nak menangis’ – Aisar diserbu 20,000 peminat indon

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:54 PM | Show all posts |Read mode
‘Rasa nak menangis’ – Aisar diserbu 20,000 peminat Indonesia

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... -peminat-indonesia/

Oleh MUHAMMAD HAIKAL RAMLI
30 Disember 2024, 3:39 pm


KUNJUNGAN Aisar ke Acheh baru-baru ini mencetus fenomena apabila disambut 20,000 peminat.
PETALING JAYA – Nama pempengaruh Aisar Khaled menjadi fenomena di Indonesia apabila kehadirannya di Aceh baru-baru ini disambut meriah sekitar 20,000 peminat.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok, Aisar, 24, menzahirkan rasa terharu dengan sambutan tersebut meskipun terpaksa dikawal pihak berkuasa apabila kawasan itu dibanjiri ribuan peminat.

“Aceh Indonesia dibanjiri lebih 20,000. Aku rasa nak menangis ini. Jadi ke kota mana seterusnya?” katanya.

Situasi luar biasa itu turut mendapat perhatian netizen sekali gus membuktikan pengaruh besar yang dimiliki personaliti media sosial tersebut.

Ramai memuji sambutan peminat yang begitu hangat terhadap Aisar malah ada yang menyamakannya dengan selebriti terkenal.

“Aisar macam artis Hollywood. Memang hebat betul pengaruhnya,” komen seorang pengguna TikTok.

“Macam fenomena pula Aisar kat sana, hebat, bukan mudah orang kita nak tembus pasaran Indonesia,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen mengkritik tindakan peminat menyerbu lokasi tersebut yang disifatkan keterlaluan.

Menariknya, ada komen mencuit hati daripada netizen Malaysia yang bergurau meminta rakyat Indonesia mengambil Aisar dan menukarnya dengan pelakon Nicholas Saputra.

“Malulah tengok orang kita (Indonesia) buat macam ini. Tak perlu sampai nak bersesak-sesak begitu,” tulis seorang netizen Indonesia.

Rakyat Indonesia boleh ambil Aisar, tapi ganti dengan Nicholas Saputra ya,” tulis netizen dari Malaysia.

Fenomena Aisar di Indonesia membuktikan betapa media sosial mampu melonjakkan nama seseorang di luar negara.

Bagi Aisar, sambutan luar biasa ini mungkin hanya permulaan untuk kejayaan yang lebih besar pada masa depan.  – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols pun tak sangka budak ni boleh naik sampai camni. Rezeki kau la nak. Budak2 meols ajar lagik kenal dia ni dari Siti Lijah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke orang2 ni datang sebab nak duit?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipu lah 20ribu org.. konsert aina abdul pon cuma 1000 org je dtg
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 07:50 PM | Show all posts
Datang sebab dia buat acara makan free dan bahagi duit je. Wan Fayhsal kalau buat benda sama pun puluh ribu penduduk Machang datang serbu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa bg mkn free, bg duit rupanya...patutlah konoha serbu mamat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2024 07:53 PM | Show all posts
Mula ritu aku cam suka ah tengok, skrg jadi semak. Cepat2 aku swipe kalau nampak fyp budak ni. Jgn sampai kene problem dgn Immi sana sbb dia xde visa or permit kerja or buat content (assume as work). Silap2 boleh ke dalam mcm kes Master Chris Leong dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anilanil at 30-12-2024 10:35 PM

Aisar, diorang ramai2 datang sebab nak mkn free ler, takyah nak nangis sgt. Dah ko umpan dgn makanan & angpow ko buat event camni kat malaysia pon nanti  berduyun tiba. Tapi kira win-win situation la. Ko bole buat content, dpt subscribers, diorang dpt makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2024 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Semak la mamat ni. Nasib baik tinggi dgn ada jawline. Sok tua2 gendut x heran dah dik. Takpalah take advantage kat wanita2 bergegar ovary.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060894 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list