CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18450|Reply: 0

Ingat lagi Faizul Sany? Fungsi Jantung tinggal 30%, anak sulung autisme

[Copy link]
Post time 1-1-2025 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Nekad memperlahankan kerjaya seni, juara Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10) Faizul Sany mempunyai pelbagai sebab dengan keputusan tersebut.

Faizul atau Mohd Faizul Sany, 38, menjelaskan dia perlu memberi perhatian kepada anak sulungnya iaitu Noah, 4, yang menghidap autisme sejak dua tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Faizul juga berkongsi khabar duka dia sendiri berdepan dengan masalah berkaitan jantung iaitu kegagalan jantung kongestif.




"Anak saya perlukan perhatian penuh setiap hari dan tiada orang lain boleh menjaganya. Isteri saya masih bekerja jadi saya perlu berkorban duduk di rumah menjaga anak-anak.

"Saya juga ada masalah kesihatan iaitu kegagalan jantung kongestif di mana jantung saya membesar.

"Ketika melakukan pemeriksaan empat tahun lalu, saya tiada masalah saluran jantung tersumbat dan ia berkaitan genetik.

"Jantung saya ini kalau ikutkan hanya tinggal 30 peratus sahaja fungsinya dan sebab itu saya tidak boleh terlalu aktif buat kerja berat," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.




Kegagalan jantung kongestif merupakan masalah berkaitan otot jantung yang tidak dapat mengepam jumlah darah mencukupi dan mengakibatkan kesan kepada pesakit seperti sakit dada, denyutan nadi tidak stabil atau bengkak pada bahagian perut.

Bercerita lanjut mengenai keadaannya, Faizul memberitahu dia kini perlu melakukan pemeriksaan tahunan di hospital susulan masalah tersebut selain mengambil ubat-ubatan.
Reda menerima segala dugaan, dia juga lebih tenang menguruskan keluarga di rumah walaupun kesihatannya tidak mengizinkan.




"Ketika anak saya disahkan austisme, ada juga rasa kecewa namun saya belajar untuk terima hakikat.

"Sekarang saya rasa lebih tenang dan seronok menguruskan anak-anak. Segala urusan terapi anak juga dipermudahkan.

"Setiap hari saya akan bawa Noah bermain di taman sebagai terapi. Dia juga perlu menjalani rawatan terapi sekali dalam seminggu," ujarnya.

Untuk rekod Faizul berkahwin dengan Afzarina Yahya pada November 2017 dan mereka memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Aisyah yang kini berusia 3 tahun.

Biarpun fokusnya kini bukan lagi kerjaya seni, Faizul masih terbuka untuk bekerjasama dalam penghasilan lagu baharu jika diberi kesempatan.

"Semesti rindu nak kembali aktif tetapi saya tak pernah rasa terkilan untuk perlahankan kerjaya seni. Saya yang buat keputusan ini tanpa paksaan sesiapa pun.

"Buat masa sekarang biarlah bersara dahulu. Saya pun tak tahu mungkin kembali aktif di masa akan datang.

"Saya juga terbuka untuk hasilkan lagu baharu jika ada peluang dan kesempatan masa," jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.714906 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list