CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31423|Reply: 0

Isteri orang simpan kekasih gelap tujuh tahun! BF pun ditipu, mengaku masih anak dara

[Copy link]
Post time 1-1-2025 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Melalui satu luahan tanpa nama di media sosial, seorang individu tampil mengajukan soalan sensasi yang mengundang warga maya untuk membuat pelbagai pendedahan mengejutkan.

"Kepada kaum Hawa, cuba ceritakan satu penipuan yang kalian pernah buat kepada lelaki," soal individu terbabit.

Dalam deretan komen yang beraneka ragam itu, ternyata pengakuan seorang wanita berjaya mencuri tumpuan ramai.




Difahamkan sudah tujuh tahun dia menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun menurut wanita tersebut di pertengahan hubungan itu, dia berlaku curang.

"Tujuh tahun dengan boyfriend aku tu, tahun kelima aku kahwin dengan orang lain secara senyap-senyap. Aku tak maklumkan kepada sesiapa pun. Aku tak post langsung dekat media sosial tentang pernikahan tu.

"Sampai sekarang boyfriend tak tahu yang aku ni sebenarnya isteri orang. Tapi memandangkan kami jalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ), maka senang sikit aku nak simpan rahsia ni.

"Sepanjang tempoh dua tahun penipuan ni berjalan, aku layan boyfriend aku sama seperti waktu dulu-dulu, tiada apa yang berubah. Tak dapat bayangkan apabila tiba harinya nanti boyfriend aku dapat tahu yang aku sudah bersuami.

"Mesti ramai yang akan tanya kenapa aku buat macam ni, aku pun tak tahu apa jawapannya... benda memang nak jadi," ujar wanita itu bersahaja.

Menjengah ke ruangan komen balas, perkongsian tersebut dilihat menanam rasa sangsi dalam kalangan warga maya.

"Alamak, perempuan ni kalau bab permainkan lelaki memang nombor satu, susah betul nak hidu dia punya muslihat. Tapi saya percaya dengan kuasa Tuhan, kalau kebenaran tu nak keluar, tiada apa yang boleh halang.

"Kejamnya apa awak buat ni, lelaki tu bukan main setia lagi, tapi awak khianati dia macam tu je. Saya takut dengan perempuan zaman sekarang, isteri sendiri pun saya dah rasa was-was ni.

"Mungkin dalam diam, isteri saya sudah ada suami kedua? Tak tahu nak percaya siapa lagi dah.

"Kaum lelaki jangan risau, kami yang perempuan pun tak sokong apa minah ni buat, murahnya maruah awak," demikian kata warga maya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.878892 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list