CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30407|Reply: 0

[Johor] JPJ keluar 706 notis sepanjang 7 hari operasi khas

[Copy link]
Post time 1-1-2025 09:28 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 706 notis atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi peraturan keselamatan jalan raya sepanjang tujuh hari Ops Khas Gempur Teknikal.

Pengarahnya, Azmil Zainal Adnan berkata, ia hasil pemeriksaan 3,480 kenderaan perdagangan sepanjang operasi khas itu seluruh negeri.
Beliau berkata, notis paling banyak dikeluarkan adalah kesalahan teknikal seperti lampu dan ekzos sebanyak 93 notis, lebih muatan (90 notis) serta tiada lesen vokasional (73 notis).

"Menerusi operasi khas yang dilaksanakan bermula 25 Disember lalu, sebanyak 428 kenderaan diambil tindakan dan lima kenderaan disita.

"Notis turut dikeluarkan atas kesalahan tidak menjaga tayar dengan baik atau haus berlebihan sebanyak 53 notis, tiada LKM atau tamat tempoh dengan 50 notis serta cermin gelap sebanyak 45 notis.

"Kesalahan lain yang dikesan termasuk ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tayar tidak mengikut spesifikasi, lampu pembalik merah, cermin retak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi khas itu dijalankan dalam usaha memastikan tahap pematuhan peraturan keselamatan jalan raya lebih tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

Katanya, ia menumpukan kepada pengesanan dan penilaian pematuhan syarat dan peraturan keselamatan, serta kenderaan dipandu dengan selamat ke atas kenderaan perdagangan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya.

"Melalui analisis data Ops Khas ini, kita dapati tahap kesedaran kepada pematuhan peraturan kesalahan jalan raya masih berada pada skala rendah dalam tempoh tujuh hari penguatkuasaan dijalankan.

"Kita memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pemilik dan mana-mana pemandu yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan," katanya.


Disiarkan pada: Januari 1, 2025


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.031174 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list