CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30614|Reply: 0

Tak mampu beli 'Birkin', 'Wirkin' pun boleh

[Copy link]
Post time 1-1-2025 09:36 PM | Show all posts |Read mode

BEG Wirkin. FOTO Walmart

New York: Sejenis beg dijual pasar raya besar Walmart menarik perhatian ramai baru-baru ini, apabila dikatakan meniru beg Birkin daripada jenama mewah Hermes.

Beg tangan kulit yang ditawarkan menerusi laman web Walmart itu dikatakan menyerupai reka bentuk ikonik Birkin, tetapi pada harga yang jauh lebih rendah.

Birkin yang hanya boleh dibeli oleh pelanggan tertentu Hermes dan harganya paling rendah adalah AS$11,400 (kira-kira RM52,000)

Namun, Walmart pula menawarkan beg dengan reka bentuk sama dan kini popular dengan nama 'Wirkin', pada harga AS$78 and AS$102 (kira-kira RM360 dan RM472).

CNN melaporkan, setelah cerita itu menjadi bualan hangat di media sosial, banyak model 'Wirkin' dilaporkan sudah habis dijual.

Beg Birkin terkenal sebagai simbol status dan kekayaan, tetapi harga yang melambung tinggi menjadikan ia di luar capaian kebanyakan pembeli.

Namun, alternatif seperti 'Wirkin' memenuhi selera pembeli bajet yang tetap mahu bergaya tanpa mengorbankan kualiti.

Pengaruh fesyen di media sosial turut memainkan peranan besar dalam melonjakkan populariti alternatif ini.

Ditambah pula dengan kemudahan beli-belah dalam talian dan kos penghantaran yang murah, produk seumpama ini menjadi semakin mudah diakses.

Menurut CNN, beg Hermes Birkin tidak dijual secara dalam talian, tetapi syarikat seperti Maison de Luxe di Los Angeles menawarkan beg baru dan terpakai jenama itu dengan harga bermula AS$26,500 (kira-kira RM120,000) sehingga AS$399,999 (kira-kira RM1.8 juta).

Kebanyakan masa, peminat Hermes perlu membina portfolio dengan membeli pelbagai barangan lain daripada butik jenama itu, sebelum secara eksklusif ditawarkan untuk membeli Birkin.

Dalam pada itu, CNN melaporkan Walmart tidak memberikan sebarang komen berhubung isu ini.


Disiarkan pada: Januari 1, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.672397 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list