CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23454|Reply: 0

[Kedah] Pemandu lori maut, tayar pecah hingga hilang kawalan

[Copy link]
Post time 2-1-2025 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu lori maut, tayar pecah hingga hilang kawalan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 2, 2025 @ 4:25pm [email protected]




Kemalangan membabitkan dua lori di Jalan Titi Karangan yang menyebabkan seorang pemandu lori maut. Gambar ihsan polis





KULIM: Seorang pemandu lori maut selepas tayar sebelah kanan kenderaan dipandunya itu pecah, menyebabkan dia hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Jalan Titi Karangan-Baling, di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohd Rosidan Omar, 38, dari Kampung Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan membabitkan dua lori jenis Hino itu berlaku pada jam 10.30 pagi ketika lori dipandu mangsa datang dari arah Desa Aman menghala ke Kulim.

"Apabila lori dipandu mangsa sampai di Jalan Titi Karangan-Baling, tayar depan sebelah kanan lorinya pecah lalu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan serta melanggar lori yang datang dari arah Kulim menghala ke Desa Aman.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua arah terhalang dan kesesakan kira-kira lima kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, pemandu sebuah lagi lori berusia 41 tahun dihantar ke Hospital Kulim kerana cedera di badan dan tangan kanan.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan yang menyebabkan perlanggaran dengan sebuah lagi lori.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344072/pemandu-lori-maut-tayar-pecah-hingga-hilang-kawalan










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.194066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list