View: 26722|Reply: 12
|
Ira Kazar Tak Terfikir Cari Pengganti, Hati Masih Tertutup - “Terlalu awal untuk cakap fasal pengganti"
[Copy link]
|
|
Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti selepas sah bercerai pada Ogos lalu.
Memetik HibGlam, Ira berkata buat masa ini dia hanya mahu memberi fokus kepada keluarga serta rakan-rakannya.
“Terlalu awal untuk cakap fasal pengganti sebab saya tak pernah terfikir pun. Lebih kepada nak seronok dengan keluarga dan kawan. Insya-Allah akan terbuka hati kelak tetapi buat masa sekarang masih tertutup,” katanya.
Sementara itu, Ira berkata hubungannya dengan bekas suaminya itu masih kekal baik meskipun sudah berpisah dan baginya tidak perlu bermusuhan.
“Hubungan saya dengan Syamsul okey dan baik-baik sahaja walaupun kami tidak lagi bersama. Bagi saya, tak perlu bermusuh dengan bekas suami sebab dia pernah menjadi teman hidup kita. Jadi untuk apa nak bermasam muka,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kegagalan mempertahankan rumah tangga, Ira mengakui terkesan namun melihat apa yang terjadi secara positif kerana tiada siapa mahukan perceraian.
“Nak kata kecewa tak jaga hubungan perkahwinan, ada juga sedikit cuma semua yang terjadi sudah disusun untuk setiap insan. Meskipun kita tak nak jadi begitu (cerai), perjalanan memang sudah ke arah itu, saya ikut sahaja apa Allah bagi.
“Saya turut pandang ke arah kebaikan. Kadang-kadang terfikir juga kenapa tetapi kalau asyik mempersoalkan ibaratnya macam kita persoalkan kerja Tuhan,” katanya.
Sumber – Hibglam, Rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mekiti lak tgk dia pakai spec |
|
|
|
|
|
|
|
..."sebab dia pernah menjadi teman hidup kita".. setakat nikah tapi suami yg berduit tu tak nak buat kenduri, then kena tinggal oleh suami yg xnak dok skali tu, xyah le pakai term "teman hidup". PS blh le kata camtu. Ada anak bersama hasil hidup bersama. Yg si dia ni??? Ketawa ibu jari kaki aku mendengarnyeee |
|
|
|
|
|
|
|
Patah amon ada..lelaki yg baik takkan tanya kisah silam wanita tu |
|
|
|
|
|
|
|
Baju and tudung warna pastel pink putih eh tu? Persona suchi morni sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Wei ira..
Gossip.kau.mmg.menerpa.masa iols kena csect dalam ot tau..
Gynae n nurse2 nya bergossip hahah..
Iols.hanya dengar jelah..
Jadi mmg melekat nama ira kaza ni dalam ingatan iols masa operate anak bongsu iols
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Raut muka dia cantik
Lagu baru catchy ..tak kesah..sah..sah |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn cari yg kedekut buruk siku sis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gynae n nurse2 nya bergossip hahah
pasal STD ke?
ishk...
|
|
|
|
|
|
|
|
berskandal lebih lama dari jadi pasangan halal suami isteri . malu yachh. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mcm kurap.
Datang dan pergi lesap mcm tu. Yg untung si Sol.
Suka suki skandal. Suka suki kawen siam. Suka suki cerai. Semoga dpt balasan di hari tua. Stroke ke apa baru padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak Ira okay je, dan boleh move on. Tak kisahlah apa orang kata, jadi kan kisah silam sebagai pengajaran. Semoga yang baik2 aje buat Ira. |
|
|
|
|
|
|
| |
|