CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26437|Reply: 0

[Perlis] 2 lelaki panjat tembok sempadan tinggalkan ganja 8kg bernilai RM400,000

[Copy link]
Post time 2-1-2025 09:36 PM | Show all posts |Read mode
2 lelaki panjat tembok sempadan tinggalkan ganja 8kg bernilai RM400,000

Oleh BERNAMA - Januari 2, 2025 @ 7:03am




Sebahagian rampasan ganja bernilai RM400,000 di sempadan Malaysia-Thai kelmarin. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir




PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas dadah jenis ganja seberat lapan kilogram bernilai RM400,000 dalam satu operasi berhampiran Pos TS13, Jalan Keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata pasukan risikan yang bertugas menaiki kenderaan, mengesan cahaya lampu suluh dari arah tembok sempadan Malaysia-Thailand kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Pasukan risikan mendekati kawasan berkenaan dan memberi amaran dengan jeritan 'polis', kedua-dua suspek lelaki itu melarikan diri dengan memanjat tembok sempadan ke arah Thailand," katanya pada sidang media, semalam.

Shahrum berkata hasil pemeriksaan menemukan sebuah beg galas hitam di tepi tembok sempadan dan pemeriksaan lanjut mendapati beg itu mengandungi sembilan ketulan mampat dadah disyaki ganja, serta pakaian suspek.

Dadah itu dipercayai untuk diedarkan ke pasaran di sekitar Perlis dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sindiket penyeludupan di kawasan daerah berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





Dalam pada itu, Shahrum berkata nilai rampasan dadah oleh PGA di Perlis mencatatkan penurunan pada tahun 2024, dengan jumlah keseluruhan RM455,900 membabitkan empat kes berbanding RM1,504,460 pada tahun 2023 (lima kes). – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1343744/2-lelaki-panjat-tembok-sempadan-tinggalkan-ganja-8kg-bernilai-rm400000





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.430189 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list