CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25935|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guna alasan ingin dengar radio sebelum rosakkan kereta baharu di stor

[Copy link]
Post time 3-1-2025 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Guna alasan ingin dengar radio sebelum rosakkan kereta baharu di stor

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 2, 2025 @ 5:59pm [email protected]






Polis mengiringi empat remaja lelaki ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk mendapatkan perintah reman berhubung kes menceroboh dan melakukan khianat ke atas sebuah stor kereta, hari ini. - NSTP/ NUR IZZATI MOHAMAD





BUTTERWORTH: Empat remaja lelaki termasuk tiga etnik Rohingya, direman empat hari berhubung dakwaan menceroboh dan melakukan khianat ke atas sebuah stor kereta baharu buatan China.

Perintah reman terhadap remaja masing-masing berusia 14 hingga 16 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Siti Zulaikha membenarkan mereka direman bermula hari ini hingga Ahad bagi siasatan mengikut 448/427 Kanun Keseksaan.

Remaja berkenaan ditahan sekitar Kampung Benggali di sini, petang semalam selepas polis menerima laporan daripada penyelia syarikat pengedar kenderaan terbabit.

Mereka dipercayai memasuki kawasan stor terbabit dengan alasan mahu mendengar radio sebelum cuba memandu model kenderaan utiliti sukan (SUV) susulan memiliki kunci bersama.

Bagaimanapun, mereka dipercayai gagal mengawal SUV berkenaan hingga menyebabkan enam kenderaan berhampiran mengalami kerosakan termasuk kemek.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344127/guna-alasan-ingin-dengar-radio-sebelum-rosakkan-kereta-baharu-di-stor





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060208 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list