CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14703|Reply: 0

[Kedah] Mesyuarat ASEAN 2025: Lebih 1,000 delegasi bakal hadiri 3 mesyuarat utama di Langkawi

[Copy link]
Post time 3-1-2025 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat ASEAN 2025: Lebih 1,000 delegasi bakal hadiri 3 mesyuarat utama di Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Januari 3, 2025 @ 5:56pm [email protected]




Zamzuri (tengah), Haslina dan Mohd Dzaher (dua dari kanan) pada majlis di Masjid Al Hana, hari ini. - NSTP/HAMZAH OSMAN





LANGKAWI: Lebih 1,000 delegasi dijangka menghadiri tiga mesyuarat utama sempena Mesyuarat ASEAN 2025 yang dijadualkan berlangsung di sini, bulan ini.

Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Zamzuri Abdul Aziz, berkata wakil media antarabangsa akan turut hadir membuat liputan sepanjang tempoh mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata, program didahului dengan Mesyuarat ASEAN+3 (Trek Kewangan) yang bakal diadakan dari 14 hingga 15 Januari ini.

"Selain delegasi dan petugas media mewakili 10 negara anggota ASEAN, mesyuarat pasukan petugas itu juga bakal dihadiri perwakilan dari tiga negara Asia Timur membabitkan China, Korea Selatan serta Jepun.

"Ia diikuti dua mesyuarat lagi, iaitu Pemukiman Menteri Luar ASEAN dari 18 hingga 19 Januari ini dan Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (21 hingga 23 Januari)," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi penyerahan surat kelulusan kerja-kerja mengecat dan lain-lain yang berkaitan, sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Hana, Kuah.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid, dan Imam Masjid Al Hana, Mohd Dzaher Saad.

Dalam pada itu, Zamzuri berkata, LADA selaku penyelaras bagi pihak Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) turut mengaturkan jelajah lapangan membabitkan semua delegasi bagi meninjau produk pelancongan popular di pulau ini.

"Pemilihan Langkawi sebagai tuan rumah kepada tiga mesyuarat utama itu adalah pengiktirafan besar dan bakal memberi momentum positif kepada kemasukan pelancong ASEAN ke pulau ini," katanya yang juga Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344581/mesyuarat-asean-2025-lebih-1000-delegasi-bakal-hadiri-3-mesyuarat









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.093312 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list