CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29366|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 6 individu jalani ujian urin sebelum diterima sebagai nelayan darat

[Copy link]
Post time 4-1-2025 08:26 PM | Show all posts |Read mode

Pegawai AADK Jelebu ketika mengendalikan ujian air kencing bakal nelayan darat. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Jelebu: Saringan dadah atau ujian air kencing perlu dijalankan oleh individu sebelum menjadi nelayan darat berdaftar di bawah Jabatan Perikanan.

Di Jelebu, saringan itu turut dijalankan ke atas enam individu yang memohon menjadi nelayan darat dengan saringan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jelebu.

Ketua Perikanan Daerah Jelebu Mohd Azhar Jusoh berkata, kesemua mereka berusia lingkungan antara 50 dan 70 tahun disahkan negatif dadah.

Katanya, ujian saringan adalah syarat ditetapkan Jabatan Perikanan bagi memastikan mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah.

"Sebaik disahkan menjadi nelayan darat, mereka akan menerima bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) sebanyak RM250 sebulan , namun tertakluk kepada syarat ditetapkan Jabatan Perikanan.

"Antara syarat itu perlu menangkap ikan sekurang-kurangnya 25 hari sebulan dan pendapatan hasil nelayan 75 peratus daripada pendapatan kerja sampingan," katanya.

Mohd Azhar berkata, setiap bulan mereka perlu melaporkan hasil pendaratan ikan dan pendapatan jualan ikan kepada Jabatan Perikanan.

Katanya, kesemua nelayan darat berkenaan tinggal di kampung masing-masing dan melakukan kerja kampung sebagai sumber pendapatan.

"Untuk rekod ketika ini ada lapan nelayan darat berdaftar berbanding dua nelayan di daerah ini sebelum ini," katanya.

Disiarkan pada: Januari 4, 2025 sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037412 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list