CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31086|Reply: 0

[Pulau Pinang] UMNO Pulau Pinang tangguh hantar ahli ke himpunan solidariti Najib

[Copy link]
Post time 5-1-2025 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-1-2025 01:01 AM

UMNO Pulau Pinang tangguh hantar ahli ke himpunan solidariti Najib

MOHD ISKANDAR OTHMAN
04 Januari 2025 03:39pm




Shah Headan




GEORGE TOWN - UMNO Pulau Pinang menangguhkan mobilisasi akar umbi parti untuk menyertai perhimpunan aman solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, Isnin ini.

Setiausahanya, Datuk Dr Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata, pihaknya senada dengan pendirian pucuk pimpinan parti di peringkat nasional dalam menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, atas kuasa prerogatif Agong memberi pengampunan, menangguh hukuman atau meringankan hukuman bagi kesalahan sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

"Sangat tinggi harapan kami agar segala ujian yang membelenggu pemimpin kami iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti keramat ini mendapat belas dan ihsan serta pengampunan daripada Tuanku Agong.


"Atas harapan yang tinggi ini, kami percaya segala isu berbangkit dapat diselesaikan menerusi proses perlembagaan, susulan titah nasihat Tuanku Agong sendiri supaya sekalian rakyat jelata mengikut proses perundangan yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan UMNO tidak akan meneruskan perhimpunan solidariti buat Najib pada Isnin ini.


Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan, pihaknya menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada bekas presiden parti itu.

"UMNO juga ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada seluruh ahli yang telah menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini.


"UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa juga peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.


https://www.sinarharian.com.my/article/705386/berita/politik/umno-pulau-pinang-tangguh-hantar-ahli-ke-himpunan-solidariti-najib


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.047135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list