CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14278|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Polis minta kesan T'ng Kwi Soon

[Copy link]
Post time 7-1-2025 10:49 PM | Show all posts |Read mode

T'ng Kwi Soon atau Abdul Rahim Abdullah berusia 80 tahun didapati hilang dari rumahnya di Felda Lui Timur sejak Oktober tahun lalu.

JEMPOL - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang didapati hilang dari rumahnya di Felda Lui Timur di sini sejak Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki berkenaan, T'ng Kwi Soon atau Abdul Rahim Abdullah berusia 80 tahun seorang mualaf keluar rumah pada 10 Oktober sebelum laporan polis berhubung kehilangannya dibuat lapan hari kemudian.

"Laporan polis dibuat oleh adik iparnya seorang peneroka Felda yang mana sehingga kini dia masih gagal dikesan. Lelaki berkenaan tidak bekerja dan pernah hilang sebelum ini namun telah kembali semula.

"Berdasarkan fizikal dan pakaian terakhirnya, dia berbadan sederhana, berkulit putih, memakai kemeja lengan panjang dan berseluar panjang warna krim," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta tampil melaporkannya di balai polis terdekat.

"Boleh juga berhubung dengan Ketua Polis Balai Sungai Lui, Sarjan Mejar Faizul Md Zan di talian 013-3076281 atau Balai Polis Sungai Lui 06-4692222," katanya.

Januari 7, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076891 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list