CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17277|Reply: 0

[Johor] Mayat dalam but kereta: Pemandu lori dituduh esok

[Copy link]
Post time 8-1-2025 09:43 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk M. kumar. - Foto NSTP/Iskandar Ishak



JOHOR BAHRU: Suspek kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam but keretanya di Jalan Jemaluang-Mersing pada 28 Disember lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Mersing, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.

"Suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun yang juga pemandu lori akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan mengikat bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, mayat lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dalam but kereta miliknya dengan kesan kecederaan di bahagian leher yang ditemukan dalam semak di tepi jalan di Kilometer 26 Jalan Jemaluang-Kahang di sini, jam 1.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani dilaporkan berkata, motif pembunuhan dipercayai berlaku kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan bekas isteri suspek.

Bertindak atas maklumat risikan yang diperoleh, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 33 hingga 35 tahun di Johor Bahru pada jam 4.30 pagi, pada 29 Disember lalu.

Januari 8, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.358224 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list