View: 11031|Reply: 12
|
[Jenayah]
Kertas Sejarah SPM 2024 Didakwa Bocor, Pelajar Merungut Tak Nak Kena Repeat!
[Copy link]
|
|
Tular satu isu di media sosial yang mendakwa bahawa berlakunya kebocoran kertas peperiksaan subjek Sejarah bagi SPM 2024.
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@grxcellyn), terdapat satu keratan kertas yang kononnya jawapan kepada 40 soalan objektif subjek Sejarah kertas 1 peperiksaan berkenaan.
Tangkap layar dari sebuah grup WhatsApp yang tular pula memaparkan senarai topik-topik yang akan keluar dalam kertas peperiksaan SPM 2024 bagi subjek Sejarah.
Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai pelajar berasa kecewa berikutan sikap sesetengah individu yang mengambil jalan mudah.
“Kita punya belajar macam nak meninggal, mereka senang je dapat soalan bocor,” ujar pengguna X.
Ramai Pelajar Kesal Dengan Dakwaan Yang Berlaku
Selepas mengetahui tentang dakwaan yang tular di media sosial itu, rata-rata calon SPM 2024 berasa kesal dengan perkara tersebut kerana mereka menganggap langkah mudah yang diambil itu seperti tidak adil.
“Saya belajar untuk tiga minggu dan bangun pukul 4 pagi ya,” luah netizen.
Sementara itu, ada juga pelajar yang berharap agar mereka tidak perlu untuk mengulangi semula peperiksaan subjek tersebut selepas tualr dakwaan tentang kebocoran kertas ujian terbabit.
“Janganlah repeat. Aku dah penat-penat jawab,” ujar pengguna X.
KPM Nafi Dakwaan Berlaku Kebocoran Kertas Peperiksaan SPM 2024 Subjek Sejarah
Peka dengan apa yang berlaku, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa dakwaan kebocoran kertas peperiksaan SPM 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.
Memetik laporan Astro Awani, segala siasatan terperinci telah selesai dilakukan termasuklah meneliti kesemua tangkap layar yang tular di media sosial.
Jelas KPM lagi, tangkap layar yang tular itu hanya melibatkan senarai tajuk dalam buku teks dan tidak menyertakan sebarang soalan dalam kertas peperiksaan.
“Tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.
“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan,” jelas KPM.
Sumber: MalayMail
Tambah kementerian itu lagi, dakwaan mengenai kebocoran kertas peperiksaan SPM 2024 bagi subjek Sejarah itu tidak menepati definisi prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan dan KPM.
Justeru KPM sekali lagi menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa komited dan mengambil serius dalam menjaga kerahsiaan kertas peperiksaan awam.
Pihak mereka turut menasihati kesemua calon SPM 2024 agar kekal tenang dan fokus dengan persediaan menghadapi subjek akan datang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat reddit petang exam sejarah ada budak sarawak dah meroyan. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
KPM dah kuar surat rasmi takde repeat...pengsan woo kalau kena repeat dah la paper sejarah ada yg tak tido study dari malam sampai masuk dewan...paper ni kan byk menghafal... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bukan kalau ada soalan bocor ada soalan bekap ke? Masa aiols dulu ada soalan sejarah bocor katanya yg benefited dr tuition,
sampai sampai kertas putih bukan kertas biru, terkejut sume students dan soalan memang soalan yg bukan soalan spot |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku hafal sejarah sampai mata bengkak2 mcm kena ketumbitInsyaAllah A utk engko ye anak ku. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudah kan,
zaman wa dulu huntung anak2 orka,
dpt soalan bocor,dpt result bagus dpt masuk universiti best2
tak silap ada org jual 1 paper rm200,
itu la ada sorang ni mmg tak blajar, langsung, sekali dpt byk A juga la, pangkat 1 hahah dtg sekolah naik honda civic tu, org cina at least amik gak spm
anak melayu orka sorang kt sekolah wa, beli tzm cash, form 4 dtg naik tzm, tak silap 1 tahun lepas spm meninggal ada cakap Over dosis narkoba, spm dgrnya gagal atau tak amik mgkn selesa dgn kekayaan yg ada
|
|
|
|
|
|
|
|
kpm dah keluarkan statement x repeat, kesian la bdk2 kalau kene menjawab lg.
iols paper sej paling scary sbb malas membaca & menghafal
pastu skrg anak bukak buku sejarah je berdengkur kan main aku sakit hati |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah i olls dapat A..sebab minat sgt dengan subjek sejarah... |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-1-2025 09:45 AM
KPM dah kuar surat rasmi takde repeat...pengsan woo kalau kena repeat dah la paper sejarah ada yg ta ...
Betul ...anak kak kiah le tu...member pun dah meroyan tak nak repeat paper sejarah lagi... pagi exam tu dah macam mata ikan kembung tak tido punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 10-1-2025 11:25 AM
kpm dah keluarkan statement x repeat, kesian la bdk2 kalau kene menjawab lg.
iols paper sej paling ...
pening la berlajar sejarah..apa kena mengena Puteri Hang Li Po dgn PADU |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah ni kena bnyk membaca. Time SPM dulu study mcm biasa je, Alhamdullilah lulus walaupon tak dpt A utk sejarah. Takde nak menghafal. Just baca je, kalau igt, igt lah. Sbb masuk je form 4 iolls dah tahu hala tuju nak study kat mana, nak kerja bidang apa. Jadi iolls focus dekat subjek yg iolls nak skor je haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|