CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10627|Reply: 12

[Tempatan] Budak 5 tahun otak macam kalkulator, boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi.

[Copy link]
Post time 10-1-2025 03:37 PM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU: Kurang 60 saat seorang budak lelaki berusia lima tahun mampu menjawab kira-kira 10 soalan matematik dengan tepat tanpa menggunakan kalkulator.

Itu keistimewaan Uwais Mohammad Zulqarnain yang bukan saja berjaya membuat pengiraan darab satu angka malah boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Surya Syafiqah A Rahim, 32, berkata sejak berusia empat tahun, anak lelaki sulungnya daripada dua beradik dapat menguasai matematik secara berperingkat apabila boleh membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab.

Surya Syafiqah yang juga pengurus perolehan sebuah syarikat swasta berkata, Uwais juga boleh membuat pengiraan ratusan hingga trilion.

Menurutnya, Uwais juga boleh membuat pengiraan kuasa dan punca kuasa.

Tidak dinafikan kebolehan dan keistimewaan Uwais adalah hasil kesungguhannya dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza, 33, yang merupakan jurutera sentiasa berusaha memupuk minat anaknya dalam akademik.



"Kami sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawa Uwais ke kedai buku dan teman saya membaca.

"Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini.

"Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami.

"Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu," katanya.

Sepatutnya Uwais mengikuti kelas matematik kanak-kanak lima tahun namun kini dia dimasukkan ke kelas kanak-kanak enam tahun.

"Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat.

"Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan," katanya.



Uwais pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah termasuk murid cemerlang dan anugerah matematik.

"Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian.

"Kami berharap perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa," katanya ditemui di Taman Pulai, semalam.

Sumber : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
3+3....really??? What kind of school is this anyway???- Mary Adler.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menabur bakti di luar negara. Paling dekat pun Temasik. Sini kita lebih perlukan bangla, rohingya, myammar, nepal, dan pakistan, sudah tentu dengan bayaran minimum.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 03:56 PM | Show all posts
bahasa nepal dan filipin tiada siapa mahu belajar,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 10-1-2025 03:56 PM
bahasa nepal dan filipin tiada siapa mahu belajar,,,,

Sebab kulit mereka gelap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 10-1-2025 03:47 PM
Selamat menabur bakti di luar negara. Paling dekat pun Temasik. Sini kita lebih perlukan bangla, roh ...

"dah warga tempatan pemalas"-Bapok Tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
"... boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi".

Apa reputz ni huruf sepanyol??? Ok russian dan jawi tu oklah boleh kasi la tapi spanish alphabets?? Apa bodohnya reputz.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 05:09 PM | Show all posts
Samerosie replied at 10-1-2025 04:58 PM
"... boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi".

Apa reputz ni huruf sepanyol??? Ok russian dan ...

Exactly my thoughts, thanks tolong tulis.

Aku rasa ia disengajakan. Maki pun dia suka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak camni nnt bila masuk sekolah dia boring sbb semua dia dah tau kan..hehe..kena lompat tahun
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga kamu kekal pintar tak seperti genius matematik dulu
- acik forum

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kekal pintar jgn end up mcm Adiputra dan Sufiah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat bimbingan dan panduan yg sepatutnya
Itu la…ramai dah kita tgk contoh budak genius, kecundang ntah apa2 bila remaja/dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kawan akak fasih berbahasa inggeris, melayu, russia, perancis dan filipina kerana dia lompat2 kerja masuk company asing.

Lelaki melayu..Umur pun dah 45... Harap tampil buat content..

Tapi akak rasa tak perlu lah jelmakan diri itu kerna dikhuatiri kelak akan dicerca ummah kerna tak mahir arabic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.316569 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list