View: 13006|Reply: 11
|
David Teo terkilan rumah Farid bakal dilelong - "Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya"
[Copy link]
|
|
Ketika ini kecoh mengenai rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom didakwa milik pelakon terkenal, Farid Kamil bakal dilelong pada 22 Januari ini.
Ia berdasarkan iklan lelongan harta di akhbar, nama Farid Kamil Zahari tertera pada ruangan pemegang hak dipercayai milik suami pelakon, Diana Danielle itu.
Kediaman seluas 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000.
BH Online cuba mendapatkan pelakon filem Bisikan Dosa itu, namun pelakon berusia 43 itu meminta menghubungi pengurusnya, Azahari Hamid.
"Untuk kenyataan media mengenai isu berbangkit sila hubungi pengurus saya," jawabnya ringkas.
Sementara itu, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo adalah individu bertanggungjawab menghadiahkan kediaman kepada Farid terkilan jika berita lelongan itu adalah benar.
David berkata, dia baru saja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media.
"Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya.
"Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.
"Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini.
"Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong," katanya.
Menurut David, difahamkan Farid tidak menginap di rumah berkenaan, sebaliknya menyewakannya kepada bekas pekerja.
Katanya, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG ketika itu.
"Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan.
"Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.
"Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya," katanya.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Hadiah benda bukan hak milik..adakah bunda rojita jugak buat macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Hadiah bayar downpayment aja kot...bulan2 bayar sendiri ke[em:24:][em:24:] |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shayang at 10-1-2025 02:24 PM
Umah ni dulu acik F cakap DD yg beli padahal DD bkn retis MIG
Yg beli sebenarny si FK
Artis bawah MIG ni kalau yg bujang disediakan hostel tu yg ada artis larikan diri ngn kekasih dia tp dh jd jutawan dh artis tu skrg.
Zaman MIG mendonia rajin dia bagi bonus bila pilem pecah pejabat.
Nanti la aku cek balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 10-1-2025 01:51 PM
Umah ni dulu acik F cakap DD yg beli padahal DD bkn retis MIG
Yg beli sebenarny si FK
Selain FK, ND ...
Yg artis tu bukan kata larikan kenderaan syarikat kerr, time tu si perempuan tu mmg tengah mendunia oo MIG naikkan dia.. tiba2 kena ‘buatan orang’ pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shayang at 10-1-2025 02:05 PM
Ni berita tahun 2011
Yg masa dia bagi deposit tuk rumah FK taktau tahun bila sbb katanya 10 tahun lalu so maybe masa tahun 2014 kot.
David Teo Habiskan RM4.5 Juta Untuk Beri Hadiah
Antara Nama Penerima Bonus dan Hadiah
1.Nor Azrilah binti Abdullah, berkhidmat sejak tahun 2003 menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat
2.Norul Ashikin binti Ismail, Kordinator Pemasaran, berkhidmat sejak 2005, menerima sebuah Semi-D satu tingkat
3. Eng Chong Sam, Penasihat Kesihatan, berkhidmat sejak 1998, menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat
4.Norazlina, Eksekutif Pemasaran, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat.
5.Azahari Abdul Hamid, Pengurus Promosi dan Perhubungan, menerima sebuah kereta Merc-Bend E200
6.Shaheizy Sam Abd.Samad, Pelakon, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej mengerjakan umrah sebanyak RM30 ribu.
7.Ismail Bob Hasim, Pengarah, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah kereta toyota Alparhd 3.5
8.Brain Ng, Pengarah Eksekutif Sound, berkhidmat sejak tahun 2003, menerima sebuah banglo
9.Farid Kamil, menerima RM30 ribu
10.Lisa Surihani, menerima RM15 ribu
11.Intan Ladyana, menerima RM15 Ribu
12.Ustaz Fauzan, menerima RM10 Ribu
13.Nora Danish, Menerima RM10 Ribu
14.Angah Raja Lawak, menerima RM10 Ribu
15.Puteri Mardiana, menerima RM 10 Ribu
16.Norliyana Shamsudin, menerima RM 10 Ribu
17.Azad, menerima RM10 Ribu
18.Cat Farish, menerima RM5 Ribu
Senarai Artis Yang Bernaung Di Bawah MIG
Shaheizy Sam
Lisa Surihani
Farid Kamil
Yana Samsuddin
Intan Ladyana
Fizo Omar
Kamal Adli
Diana Amir
Pierre Andre
Angah Raja Lawak
Along Cham
Fezrul Khan
Azad Jazmin
Adeline Anthony
Aeril Zafril
Zul Suphia'an
Putri Mardiana
Tuah Zoqarnain
Mon Ryanti
Adey
Shahfiez
Siti Chubby
Alex Yan
Boy Iman
Shasha Zurazie
Sasqia
Kamal Faridz
Nad Zainal
Tasha Aziz
Faith Zaki
Ery Zukhairi
Chloe
Ard
Azrul Anwar
Shima
Siti Aziz
Mimie Ernida
Hidayah Samsuddin
Fiffy Natasha
Wawa
Elmy Moin
Arien Yunus
|
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 10-1-2025 01:55 PM
Yg artis tu bukan kata larikan kenderaan syarikat kerr, time tu si perempuan tu mmg tengah menduni ...
Haha aku tak ingat sgt laa
Tp mmg dorang kira langgar kontrak laa
Ala2 tak kenang budi gituuh
Skrg pun masih ada artis bawah naungan MIG ni elok juga mendonia jadi hero drama pepetang pastu sama gak langgar kontrak.
Elok dh org tolong naikkan nama
Cer la belajor ngn otai cthnya Sam tu.
Abis kontrak ko mendoniaaa la kemana pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shayang at 10-1-2025 02:19 PM
Ini berita tahun 2014
So masa ni laa yg David bayarkan deposit tuk
FK beli rumah tu
Artis Naungan MIG Dipaksa Beli Rumah
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo memastikan artis bawah naungannya dapat membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai jaminan masa depan masing-masing.
David berkata, dia bersikap demikian kerana tidak mahu melihat mereka mensia-siakan wang hasil lakonan dengan menghabiskannya kepada perkara yang tidak mendatangkan keuntungan.
"Artis-artis sekarang kalau ada duit lebih suka beli kereta dan beg tangan berjenama daripada membeli rumah.
"Sikap ini yang ingin saya kikis kerana mereka perlu sedar pelaburan dalam bidang hartanah menjamin masa depan mereka kelak," katanya kepada mStar Online.
David ditemui pada sidang media Karnival Puncak Rasah Andaman Seremban yang diadakan di pejabat MIG di sini pada Isnin.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Eksekutif Kumpulan Andaman, Datuk Seri Vincent Tiew.
Dalam pada itu, David mengakui sukar untuk mengubah mentaliti artis naungannya tentang kepentingan membeli rumah namun dia sentiasa menasihati mereka supaya tidak menyesal di kemudian hari.
David menyerahkan borang permohonan membeli unit apartmen di Puncak Rasah Andaman, Seremban oleh artis dan kakitangan MIG kepada Vincent.
Jelas David, punca utama mereka enggan membeli rumah adalah kerana perasaan takut tentang komitmen ditambah dengan kurang pendedahan dalam proses membeli hartanah dengan betul.
"Saya tidak mahu apabila mereka tua nanti mereka terpaksa merayu untuk mencari tempat tinggal dan terpaksa mengharapkan ihsan orang lain.
"Sebab itu saya paksa mereka untuk membeli rumah kerana ia jaminan masa depan mereka dan sekurang-kurangnya jika sudah tidak berlakon mereka sudah ada kediaman sendiri," ujarnya.
David turut memuji sikap artis seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Nora Danish dan Shaheizy Sam yang bijak menggunakan wang hasil lakonan mereka untuk melabur dalam bidang hartanah.
Sementara itu, David berkata, kerjasama di antara MIG dan Kumpulan Andaman membuka ruang kepada artis di MIG untuk memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan.
Malah karnival yang bakal diadakan itu nanti membuka ruang kepada semua penggiat seni untuk memiliki hartanah untuk bekalan masa hadapan.
"MIG sangat serius dalam menguruskan perancangan masa depan artis dan pekerja syarikat kami dalam memastikan mereka faham bahawa pelaburan dalam hartanah sebenarnya menguntungkan.
"Saya mahu lihat mereka semua ada aset sendiri dan mungkin sekarang ia lihat seperti membebankan namun suatu kesenangan pada masa hadapan," ujarnya.
Karnival tersebut bakal diadakan pada 18 Oktober ini di Taman Puncak Rasah, Seremban dengan kehadiran artis terkenal seperti Diana Amir, Adeline Tsen, Shima Anuar, Fadlan Hazim, Ryzal Jaafar dan Zalif Sidek.
|
|
|
|
|
|
|
|
hadiahkan deposit rumah je lah kan?
ceh... mesti deposit tu free je as komisyen/agent fee waived gituhhh plus harga dah mark up siap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 10-1-2025 01:51 PM
Umah ni dulu acik F cakap DD yg beli padahal DD bkn retis MIG
Yg beli sebenarny si FK
Artis bawah M ...
Hahahahaha i ols ingat
Kereta swift
Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 10-1-2025 08:05 PM
Hahahahaha i ols ingat
Kereta swift
Hahahaha
Sheols tak qualify utk buat loan, jadi dia buat loan atas nama company. Kiranya sheols bayar bulan2 kat company. Mcm tu lah seingat iols.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|