CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6967|Reply: 4

Pukul Razman Razmi, Aqo Imran berdepan hukuman penjara 10 tahun

[Copy link]
Post time 10-1-2025 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Jurugambar Muhamad Imran Khairil mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen dalam sebuah acara anugerah usahawan di sebuah hotel pada malam Rabu lalu.

Imran atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran, 30, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Azmi Abdul Rahman, 46 dan Raziman Din, 53, menggunakan kamera sebagai senjata.



Kedua-dua individu itu lebih dikenali dengan panggilan Rizman dan Razmi dalam industri fesyen dan hiburan.

Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

“Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah,” katanya ketika membuat pengakuan di hadapan majistret pada Jumaat.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Farah Azura mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan masing-masing sebanyak RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Jika sabit bersalah, jurugambar fesyen dan hiburan itu boleh dipenjara selama 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.



Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari 2025.

Sementara itu, Imran kelihatan tenang sebaik sahaja keluar daripada dewan mahkamah untuk proses ikat jamin.

Sambil diiringi polis dan peguam, jurugambar itu melafazkan istighfar apabila melihat beberapa rakannya termasuk pelakon Harris Annuar hadir memberi sokongan moral.

Pada malam Rabu, Razman dan Razmi secara tiba-tiba diserang jurugambar berkenaan sehingga mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul dengan kamera miliknya.

Pasangan duo pereka fesyen itu kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan suspek ditahan pihak berkuasa.

Razman memberitahu dia mengenali jurugambar yang menyerang mereka selain mengaku ada berhutang sebanyak RM20,000 berkaitan penjualan sebuah kereta pada 2019.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 01:11 PM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 10-1-2025 01:13 PM

2019 kalau duit tu simpan dalam tabung haji...orang tu mungkin dah dapat gi haji...kalau simpan kat ASB....dah boleh dapat banyak keuntungan.....buat modal meniaga....mcm boleh buat weiii....so ko rasa orang tu wajar ke masuk penjara kerana ko tak nak bayar hutang?.....atau soalan lain....wajar tak ko kena hempuk???...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sorok2 pun muka dia tau job photog so amik laaa hahaha
Harap gambar2 mlm tu yg masih dlm kamera masih elok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik filler tak meletop. Tu kalau ada filler lah.


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:11 PM | Show all posts
pic 1: dahi, pipi lain mcm jer... hidung awatnya bengkak camtu... bibir tu emmm mcm belon sikit

pic 2: nampak natural tapi dagu tu mcm panjang jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.157298 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list