View: 11389|Reply: 16
|
Ramai meluat dengar anak Aliff Syukri cakap orang putih!
[Copy link]
|
|
Kepetahan anak usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra bertutur dalam bahasa Inggeris nampaknya mengundang perasaan kurang senang segelintir masyarakat.
Ada menuduh remaja berusia 15 tahun itu sebagai berlagak bertutur dengan slanga seperti ‘mat salih’ sehingga timbul perasaan meluat.
Susulan itu ramai meminta Qadejah mengutamakan bahasa kebangsaan kerana bimbang remaja itu hilang jati diri sebagai seorang Melayu.
Ibunya iaitu Datin Seri Nur Shahida, 40, bagaimanapun meminta netizen tidak memaksa Qadejah bercakap dalam bahasa Melayu.
"Tak perlulah anda suruh dia cakap bahasa Melayu, lain bunyinya nanti.
"Biarlah dia hidup tenang dengan bahasa dia," katanya.
Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.
Menerusi video tersebut memaparkan Qadejah cuba bertutur dalam bahasa Melayu ketika mempromosikan tempat penginapan milik keluarganya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Qadejah berbahasa Melayu dan meminta dia terus mengasah penguasaan bahasa tersebut.
Pun begitu, ramai turut mempertahankan Qadejah yang fasih berbahasa Inggeris dan tidak melihat ia sebagai satu keburukan sebaliknya kebaikan.
"Percubaan yang sangat bagus, harus diteruskan dan cuba lagi. Berlatih untuk jadi lebih sempurna. Sayang kalau tidak fasih berbahasa ibunda.
"Biarlah dia (Qadejah) nak cakap macam mana pun, asalkan dia selesa. Kalau kita cakap bahasa Inggeris pun tidak membuatkan kita hilang jati diri sebagai anak Malaysia," komen netizen.
Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pada Ogos 2007.
Selain Qadejah, pasangan itu turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber: mStar Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku x meluatpun. Biasalah tu. After all dia ada dyslexia (tak tau betul tak ejaan ni) mcm bapak dia. Netizen pun...semua bende nak dimeluatkan. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan anak2 netizen pun sibuk ckp org putih ke?
Apa ada hal
Sibuk mak apak atuk nenek flex
Anak cucu pandai ckp org putih
Tiba2 meluat plk anak org lain ckp org putih
Apooo |
|
|
|
|
|
|
|
aiols suka je tgk Qadejah, bubbly , hardworking and humble jugak, x malu nak berniaga dgn ayah dia, sgt independent for a 15 years old girl. Lagipun dia bukan acah acah cakap english, dia cakap je melayu |
|
|
|
|
|
|
|
netizen pon 2x5 gak...'danish ryan , don't run2' ktnya.. kurang2nya anak alip ni nama pun kemelayuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik ces ni..
Harap ces tak sewel mcm makpak dan nenek nya |
|
|
|
|
|
|
|
Cess ni ada disleksia kan. Tak leh cakap melayu dgn baik. Tapi English dia fasih. Sebab budak2 brmslh ni biasa English dia boleh hadam dgn baik. Sebb English simple |
|
|
|
|
|
|
|
ok je tu xde la teruk mcm laki vivik yg konon sepatah haram x tahu tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah org kita, ada yg pandai speaking sikit dikutuk2 sebab nak cover kelemahan sendiri yg tak pandai. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak meluat naper dia pun sekolah international. Yg iols meluat tu ha megan fox gred B, sekolah pun idok pergi oberseas pun x pernah tiba2 netizen puji melantun ckp english dgn british accent. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 10-1-2025 04:50 PM
Nak meluat naper dia pun sekolah international. Yg iols meluat tu ha megan fox gred B, sekolah pun ...
i pun terfikir yg sama ni ha, budak ni dah sah2 sekolah international & under spectrum, normal lah dia ckp inggeris, yang sek tak habis tu dipuji pulak british accent celupnya |
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 10-1-2025 04:24 PM
ok je tu xde la teruk mcm laki vivik yg konon sepatah haram x tahu tak paham
Ha kan..dah telan belacan 1kg acah2 kenot spik Malay. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lagi menyampah dengan orang yg tak pandai cakap english. |
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi meluat dengar dia cakap bahasa
kalau seorang dengan satu pun tak tahu macam mn nk guna
lantak deme lah anak deme
esok2 jangan jualan dan menyanyi peilk2 macam bapak kau sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai susah da nk dgr dia ckp melayu skrg. Lupa daratan betul |
|
|
|
|
|
|
|
tipu lah tajuk berita ni...
aku tgk dekat video dia ramai jek yang suka....
aku suka je dgr budak ni speaking ... dia aurat pun jaga hilang jati diri apa nya...
ni klu ckp melayu pakai baju pun nmpk pusat..nampak ketiak....itu aku rasa lagi hilang jadi diri melayu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|