CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38989|Reply: 0

Orang kedua terkaya bersedia untuk lancarkan roket

[Copy link]
Post time 12-1-2025 03:36 PM | Show all posts |Read mode

ROKET New Glenn di tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida, pada 11 Januari 2025. FOTO AFP

Florida: Selepas suku abad penubuhannya, Blue Origin milik Jeff Bezos akhirnya bersedia untuk pelayaran orbit sulung dengan roket serba baharu yang akan menggegarkan perlumbaan angkasa lepas komersial.

Pelancaran yang pada mulanya dijadualkan pada Ahad, ditunda sehari kepada Isnin.

Dinamakan New Glenn sempena angkasawan legenda, John Glenn, roket itu setinggi 398 meter bersamaan dengan ketinggian bangunan 32 tingkat. Ia bersedia untuk berlepas dari tapak pelancaran di Cape Canaveral di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Dave Limp mengumumkan pelancaran itu menerusi X.

Misi itu digelar NG-1.

Untuk rekod, Bezos adalah individu kedua terkaya di dunia dan usaha ini akan menyaksikan persaingannya dengan individu terkaya dunia, Elon Musk.

Musk menerusi syarikatnya SpaceX menguasai pasaran pelancaran ke orbit dengan menggunakan roket Falcon 9 dan Falcon Heavy.

Perkhidmatan ini membantu sektor komersial, Pentagon dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa), termasuk dalam mengangkut angkasawan ke dan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

"SpaceX sejak beberapa tahun lalu menjadi satu-satunya pemain (dalam bidang ini), jadi mempunyai pesaing... ini bagus," kata G Scott Hubbard, pegawai kanan Nasa yang bersara, memberitahu AFP.

Sementara itu, SpaceX merancang ujian orbit untuk roket generasi baharu Starship untuk pelancaran misi seterusnya ke angkasa.

Jika semuanya berjalan seperti dirancang, sejurus selepas pelancaran, Blue Origin akan cuba mendaratkan penggalak peringkat pertama pada kapal dron bernama Jacklyn, di Lautan Atlantik.

Walaupun SpaceX sudah lama menjadikan pendaratan sedemikian sebagai untuk tontonan, ini akan menjadi kali pertama ia dilakukan Blue Origin.


Disiarkan pada: Januari 12, 2025



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054124 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list