CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38676|Reply: 0

Netanyahu hantar pegawai kanan ke Qatar untuk rundingan gencatan senjata Gaza

[Copy link]
Post time 12-1-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai mengadakan protes terhadap kerajaan dan untuk menunjukkan sokongan kepada tebusan yang diculik semasa serangan pada 7 Oktober 2023 di Gaza, di Tel Aviv, Israel. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan satu delegasi dianggotai pegawai kanannya ke Qatar untuk meneruskan rundingan mengenai perjanjian pembebasan tebusan dan gencatan senjata di Gaza.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya semalam, arahan itu dikeluarkan selepas Netanyahu mengadakan mesyuarat di sini dengan Steven Witoff selaku utusan khas Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pegawai kanan Israel



"Selepas mesyuarat itu, Netanyahu mengarahkan ketua agensi perisikan Mossad dan Shit Bet termasuk Jeneral Nitzan Alon serta penasihat dasar luar, Ophir Falk, untuk berlepas ke Doha, bagi meneruskan rundingan mencapai penjanjian pembebasan tebusan, kata kenyataan itu.

AS menjadi perantara dalam rundingan bersama Qatar dan Mesir selama setahun untuk mengakhiri perang di Gaza dan pembebasan tebusan.

Pengumuman itu disambut baik Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang iaitu sebuah kumpulan kempen bagi mereka yang diculik di Gaza, yang menyifatkan langkah itu sebagai peluang bersejarah untuk meraih pembebasan.

Seorang lelaki bertengkar dengan anggota pasukan keselamatan semasa protes menentang kerajaan dan untuk menunjukkan sokongan kepada tebusan yang diculik semasa serangan pada 7 Oktober 2023 di Gaza, di Tel Aviv, Israel. - Foto REUTERS

"Terus berusaha sepenuhnya untuk mencapai sesuatu matlamat dan pulang dengan perjanjian bagi memastikan kepulangan semua tebusan, hingga yang terakhir sekali," kata kumpulan itu dalam kenyataan.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas disambung semula pada hujung minggu lalu di Qatar.



Difahamkan perbincangan kini tertumpu pada pembebasan segera tebusan yang ditahan oleh Hamas semasa peperangan antara Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober 2023.

Pada Khamis lalu, Biden yang akan meninggalkan jawatannya pada 20 Januari ini berkata terdapat kemajuan sebenar dalam rundingan terbabit.

Trump yang bakal menggantikan Biden pula menegaskan akan berlaku 'kesan serius' jika tebusan berkenaan tidak dibebaskan menjelang upacara angkat sumpahnya nanti.

Hamas didakwa menawan 251 tebusan dan 94 daripadanya masih berada di Gaza, termasuk 34 orang disahkan mati oleh tentera Israel. - AFP

Januari 12, 2025  sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054826 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list