CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40531|Reply: 0

China hadkan masa permainan video bagi kanak-kanak semasa cuti

[Copy link]
Post time 12-1-2025 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan. - Foto AFP

BEIJING: China kini mengehadkan masa kanak-kanak di negara itu bagi permainan video selama 15 jam sahaja sepanjang sebulan musim cuti sekolah.

Langkah tegas itu diambil oleh China untuk dalam mengelak kanak-kanak menjadi ketagih dengan dunia permainan video.

Selari dengan langkah terbabit, Tencent dan NetEase di China telah mula menguatkuasakan had itu terhadap mereka yang berumur bawah 18 tahun, dengan tempoh bermain maksima hanya 15 jam sebulan ketika cuti bermula 13 Januari sehingga 13 Februari 2025.



Tencent, yang mengendalikan perniagaan permainan video terbesar dunia, pada Khamis lalu berkata, kanak-kanak bawah umur 18 tahun hanya boleh bermain permainan video sehingga 15 jam bermula Jumaat lalu sehingga 13 Februari ini.

NetEase pula mengehadkan masa permainan untuk remaja tidak melebihi 16 jam antara 15 Januari dan 14 Februari 2025.



Had masa untuk pemain muda ditetapkan selama satu jam setiap hari pada Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Untuk makluman, China sudah pun mengehadkan kanak-kanak hanya boleh bermain permainan video selama sejam sahaja pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sejak Ogos 2021 bagi mengelak mereka menjadi ketagih.

Setakat ini, tiada had dikenakan untuk penggunaan aplikasi lain seperti TikTok di China, namun terdapat sejumlah kandungan yang dihadkan kepada pengguna muda, terutama dalam memupuk minat terhadap sains dan inovasi.

Walaupun terdapat peraturan ketat, kerajaan China melonggarkan pendiriannya terhadap permainan video tertentu selepas mendapati tajuk permainan video aksi seperti 'Black Myth Wukong' sebagai 'alat' berkuasa untuk membantu mempromosikan budaya China.

'Black Myth Wukong' diilhamkan oleh mitos klasik cina bertajuk: Perjalanan ke Barat yang terkenal dengan watak utama Sun Wukong iaitu raja monyet, dengan gemblengan elemen fantasi dan budaya Cina.

Pihak Berkuasa Pelesenan Video China, Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Nasional, meluluskan lebih 1,400 permainan video pada tahun lalu, termasuk 1,306 permainan video domestik dan 110 dari penerbit asing, menjadikan jumlah tertinggi sejak 2019.

Tencent dalam satu hantaran di aplikasi WeChat pada Khamis lalu memberitahu, pihaknya menaik taraf beberapa langkah untuk mengesan dan menghukum mereka yang cuba mengelak daripada mematuhi sekatan semasa cuti akan datang.

Lantaran itu, pihaknya mencipta satu pangkalan data 'akaun berisiko' yang mampu mengenal pasti akaun yang mungkin dipinjam daripada orang dewasa dan boleh mengaktifkan sistem pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti pengguna.

China mempunyai hampir 200 juta pengguna internet berumur di bawah 18 tahun setakat Disember tahun lalu. - AGENSI

Januari 12, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.081696 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list