CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6213|Reply: 0

11 maut lombong arang batu runtuh di Pakistan

[Copy link]
Post time 13-1-2025 09:58 AM | Show all posts |Read mode

11 maut lombong arang batu runtuh di wilayah Balochistan, Pakistan runtuh selepas letupan pada lewat Khamis, menyebabkan semua 12 pelombong tertimbus.

ISLAMABAD: Pasukan penyelamat di selatan Pakistan menemukan mayat 11 pelombong yang terkorban dalam runtuhan lombong arang batu, lapor agensi berita Jerman pada Ahad, memetik kenyataan pegawai.

Insiden itu menyerlahkan kebimbangan berterusan mengenai keselamatan dalam sektor perlombongan di rantau itu.

"Kami masih mencari mayat seorang lagi pelombong," kata ketua pegawai lombong Abdul Ghani Baloch, yang berada di lokasi kejadian.

Lombong arang batu yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan, runtuh selepas letupan pada lewat Khamis, menyebabkan semua 12 pelombong tertimbus.

Pelombong yang terperangkap itu berada pada kedalaman kira-kira 5,000 kaki di bawah permukaan tanah, dan pasukan penyelamat mengambil masa lebih 50 jam untuk mengeluarkan mayat berkenaan.

Ghani berkata, satu kes telah didaftarkan terhadap pemilik lombong, yang didakwa menghantar pekerja syif kedua masuk ke lombong tanpa melakukan pemeriksaan keselamatan wajib.

Keadaan kerja yang buruk di lombong arang batu di wilayah Balochistan, yang kaya dengan mineral, kerap mengakibatkan kemalangan maut, dengan banyak kejadian tidak dilaporkan.

Persekutuan Pekerja Lombong Pusat Pakistan menganggarkan kira-kira 150,000 orang bekerja dalam sektor perlombongan di negara itu, dengan lebih 100 kematian dilaporkan setiap tahun akibat kemalangan berkaitan perlombongan.

Balochistan, wilayah terbesar di Pakistan, turut menempatkan pelabuhan laut dalam yang dibina China sebagai sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Beijing, dikenali sebagai Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), yang bertujuan menghubungkan pasaran di Timur Tengah dan seterusnya. – BERNAMA-dpa

Januari 13, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035024 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list