CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6377|Reply: 0

Jerman komited tambah bantuan kemanusiaan AS$51 juta untuk Syria

[Copy link]
Post time 13-1-2025 10:01 AM | Show all posts |Read mode

Annalena Baerbock bercakap pada sidang media di Damsyik, Syria, 3 Januari 2025. - Foto REUTERS

RIYADH: Jerman akan menyediakan tambahan €50 juta (AS$51 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria, kata Menteri Luar Annalena Baerbock pada Ahad di luar persidangan antarabangsa di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, lapor agensi berita Jerman dpa.

Dana itu akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, serta penjagaan perubatan, katanya.

Baerbock turut membincangkan prospek melonggarkan beberapa sekatan terhadap Syria.

Beliau menegaskan bahawa sekatan terhadap anggota rejim bekas pemerintah Syria Bashar al-Assad, yang didakwa melakukan jenayah serius semasa perang saudara, perlu dikekalkan.

Bagaimanapun, kerajaan Jerman mencadangkan pendekatan "pintar" kepada Kesatuan Eropah (EU) bagi menyokong rakyat Syria dengan cepat, termasuk memastikan bekalan makanan dan peningkatan bekalan elektrik harian supaya kerja-kerja pembinaan semula dapat dimulakan, katanya.

"Semua ini menggalakkan kestabilan dan memastikan peralihan kuasa secara aman," kata Baerbock.

Selain Baerbock, peserta persidangan itu termasuk menteri luar dari negara Arab, Menteri Luar Syria Asaad al-Shibani, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan, Menteri Luar Britain David Lammy serta Ketua Dasar Luar EU Kaja Kallas.

Topik lain yang dibincangkan termasuk proses politik untuk penstabilan Syria yang berkekalan, situasi kemanusiaan dan pembinaan semula negara itu. - BERNAMA-dpa

januari 13, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039953 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list