CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6371|Reply: 0

6 maut kebakaran akibat letupan di restoran di Czech

[Copy link]
Post time 13-1-2025 10:03 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan restoran di Most yang musnah akibat kebakaran selepas berlaku letupan. - Fire Rescue Service of the Czech Republic via X/Handout via REUTERS

PRAGUE: Sekurang-kurang enam maut dan lapan lagi cedera dalam letupan yang menyebabkan kebakaran sebuah restoran di Republik Czech, malam kelmarin, menurut pihak berkuasa, semalam, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pasukan bomba berkata, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan laporan saksi, kejadian berlaku apabila sebuah pemanas gas terbalik menyebabkan silinder propana yang digunakan terbakar.

Perkhidmatan kecemasan pula memaklumkan api merebak begitu cepat.

Kejadian berlaku di sebuah restoran di pusat bandar perindustrian, Most yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sempadan Jerman.

Menteri Dalam Negeri Czech, Vít Rakusan, dalam hantarannya melalui X berkata kira-kira 30 orang yang berada di restoran itu dan bangunan sebelah berjaya menyelamatkan diri.

Sebuah stesen berita tempatan melaporkan restoran itu musnah sepenuhnya akibat kebakaran dengan api marak setinggi dua hingga tiga meter.

Polis membuka kertas siasatan membabitkan kesalahan disyaki membahayakan keselamatan awam.

Di Republik Czech, kesalahan itu terpakai kepada sesiapa saja yang cuai menimbulkan risiko kepada nyawa atau keselamatan ramai orang atau menyebabkan kerosakan berskala besar terhadap harta benda individu lain.

Januari 13, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040000 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list