"Nasib baik trem itu berhenti. Apabila trem itu bertembung dengan yang lain, pintunya tercabut," katanya.
Seorang lagi saksi, Johan Kirschenbaum berkata, trem yang bergerak itu seperti mempunyai masalah brek.
"Kami mendengar impak pelanggaran kuat, letupan besar," katanya.
Pada Sabtu, Pengarah Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Bas-Rhin, Rene Cellier berkata, 50 orang mengalami kecederaan yang tidak membawa maut seperti luka pada kepala, patah tulang selangka dan lutut.
"Kebanyakannya trauma," katanya, sambil menambah bahawa bahawa keadaan mungkin boleh jadi lebih serius.
Pejabat pendakwa raya berkata, siasatan ke atas 'kecelakaan yang tidak disengajakan' sudah dibuka, bertujuan untuk menentukan punca kemalangan dan mengenal pasti sebarang liabiliti jenayah.
Pemangku pendakwa raya Alexandre Chevrier berkata, perlanggaran itu tidak disengajakan dan menolak hipotesis mendakwa ia insiden yang dirancang.
Sementara itu, Pengarah Syarikat Pengangkutan Strasbourg, Emmanuel Auneau berkata, pemandu kedua trem tidak cedera tetapi 'sangat terkejut'.
Syarikat itu berkata, perkhidmat trem di stesen kereta api digantung beberapa hari.
Pakar pengangkutan dan mobiliti di firma rundingan Wavestone, Julien Joly berkata, perlanggaran antara trem jarang berlaku.
"Kemalangan berlaku di tempat paling teruk dalam rangkaian, di dalam terowong dan di kawasan yang sangat padat," katanya.
Namun, Joly berkata, penumpang boleh diyakinkan bahawa trem kekal sebagai mod pengangkutan yang selamat.
Strasbourg ialah bandar utama Perancis pertama yang memperkenalkan semula trem pada 1994 selepas perkhidmatan itu ditutup pada 1960.
Bandar itu pernah mengalami kemalangan serupa pada 1998 apabila sebuah trem berlanggar dengan satu lagi di terowong yang sama, mencederakan 17 orang.