CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3266|Reply: 0

Lelaki meninggal wariskan bandar RM46 juta

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:02 PM | Show all posts |Read mode

BANDAR Thiberville, Normandy. FOTO Google Map.

Paris: Sepanjang hayat Roger Thiberville, dia tidak pernah melawat sebuah bandar di Normandy, utara Perancis yang dinamakan sempena nama akhirnya, sehingga menghembuskan nafas terakhir Ogos lalu.

Berasal daripada keluarga pemilik ladang anggur, Roger mewarisi harta di Paris menerusi ibu bapanya dan bekerja sebagai ahli meteorologi.

Bagaimanapun, apabila Roger yang tidak berkahwin serta tiada waris meninggal dunia pada usia 91 tahun, dia meninggalkan pekan Thiberville dengan segala asetnya dianggarkan €10 juta (RM46 juta).

Datuk Bandar Thiberville, Guy Paris berkata, pihaknya dan penduduk terkejut apabila dimaklumkan mengenai warisan itu, pada masa sama gembira serta mempertimbangkan bagaimana untuk membelanjakan 'dana' tidak dijangka, yang nilainya lima kali ganda daripada belanjawan tahunan perbandaran.

"Ia adalah jumlah wang yang luar biasa. Jelas sekali jumlahnya di luar jangkaan. Kami belum tahu apa yang akan kami lakukan dengannya.

"Kami tidak akan membelanjakannya semuanya tetapi akan menguruskan sebaiknya, seperti yang selalu kami lakukan menerusi belanjawan perbandaran kami, secara berhemat dan bertanggungjawab," katanya kepada stesen radio tempatan, France Bleu yang dilapor Guardian.

Komuniti Perancis itu juga kini sedang mencari cara untuk melunaskan pinjaman bank lebih daripada €400,000 (RM1.8 juta) yang digunakan untuk membina sekolah rendah baru.

Paris berkata, satu-satunya kaitan Thiberville dengan bandar itu adalah namanya dan dimaklumkan yang penderma itu hidup sederhana di kota Paris, di mana dia memiliki empat apartmen.

"Tiada juga gambarnya, bahkan Thiberville tidak menuntut apa-apa sebagai balasan. Satu-satu hasrat beliau adalah abunya ditempatkan di tugu peringatan di tapak perkuburan.

"Kami berhutang kepadanya sekurang-kurangnya itu (tugu)," kata Paris.


Disiarkan pada: Januari 14, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039364 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list