CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3817|Reply: 0

Kahwin hanya untuk naikkan pengikut Instagram

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:11 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.

Melbourne: Perkahwinan pasangan dari Melbourne, Australia dibatalkan selepas pengantin perempuan memberitahu mahkamah bahawa ikatan itu hanya sekadar bahan media sosial untuk menaikkan pengikut Instagram suaminya.

Dalam keputusan mahkamah keluarga Oktober lalu yang diterbitkan pada Khamis, hakim membatalkan perkahwinan 13 bulan pasangan berkenaan selepas mendapati pengantin perempuan 'percaya dia sedang berlakon dalam acara bagi bahan media sosial', bukannya ikatan perkahwinan sah di sisi undang-undang.

The Guardian melaporkan wanita yang tidak dinamakan atas alasan undang-undang itu memberitahu mahkamah, dia berkenalan dengan suaminya menerusi aplikasi janji temu pada September 2023 dan mengadakan pertemuan keesokan harinya di sebuah gereja.

Ketika itu, dia berusia pertengahan 20-an, manakala pengantin lelaki lewat 30-an dan dalam tempoh tiga bulan berikutnya, mereka kekal berhubung sebelum lelaki berkenaan mempelawanya ke 'parti putih' di Sydney pada Disember 2023.

Dakwanya, apabila tiba di tempat acara berlangsung, dia terkejut apabila lelaki berkenaan menganjurkan 'majlis perkahwinan'.

Wanita itu memberitahu tidak selesa dan mahu beredar tetapi lelaki terbabit memaklumkan 'acara itu hanyalah gurauan'.

"Tiada orang yang memakai putih ketika itu. Apabila saya tanya apa yang berlaku, dia beritahu sedang mengadakan perkahwinan olok-olok untuk media sosialnya. Lebih khusus, Instagram kerana mahu menaikkan, menjadikan ia kandungan berbayar," katanya kepada mahkamah.

Di mahkamah, video majlis itu dimainkan yang menunjukkan pasangan terbabit bertukar ikrar perkahwinan dan cincin.

"Kami terpaksa berlakon seperti nampak asli," katanya yang memberitahu dia hanya menyedari perkahwinan itu sah apabila lelaki berkenaan meminta dia meletakkan namanya dalam permohonan penduduk tetap, yang mana turut membantu lelaki terbabit memperoleh taraf pendudukan sama.

Wanita itu bengang atas penipuan berkenaan berkata, dia tidak mungkin berkahwin tanpa kebenaran ibu bapa dan kehadiran mereka, mahupun tanpa gaun dan majlis yang indah.

Bagaimanapun lelaki terbabit yang mempunyai 17,000 pengikut di Instagram tetapi menafikan dia pempengaruh media sosial, menyangkal semua cerita disampaikan wanita terbabit.

Katanya, selepas mereka bertemu, dia ada memaklumkan kepada wanita berkenaan bahawa dia seorang biseksual dan wanita itu 'boleh terima' dan tinggal bersamanya.

Katanya juga, dia melamar wanita itu sehari sebelum majlis berkenaan berlangsung namun, gagal menjelaskan mengapa tergesa-gesa melakukan majlis perkahwinan itu dan melangsungkan di Sydney berbanding Melbourne.


Disiarkan pada: Januari 14, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042740 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list