CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4624|Reply: 0

Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:33 PM | Show all posts |Read mode

Walaupun Trump belum dilantik secara rasmi, Airlangga (gambar) mengakui bahawa AS telah mengenakan cukai ke atas produk Indonesia seperti kasut dan pakaian. - Foto X @airlangga_hrt

JAKARTA: Indonesia merancang untuk mencadangkan pengurangan tarif perdagangan kepada Amerika Syarikat (AS) melalui kerjasama dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, pada Isnin, lapor Xinhua.

Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Terpilih AS, Donald Trump, yang akan memegang jawatan pada 20 Januari ini.

"Kami memohon kerjasama ekonomi dua hala bagi membantu mengurangkan tarif," kata menteri itu.

Walaupun Trump belum dilantik secara rasmi, Airlangga mengakui bahawa AS telah mengenakan cukai ke atas produk Indonesia seperti kasut dan pakaian.

Trump memenangi Pilihan Raya Presiden AS 2024 dan akan mengangkat sumpah minggu depan.


- BERNAMA-XINHUA   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061686 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list