CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4547|Reply: 0

Pemulihan Los Angeles akibat kebakaran bakal cecah belanja berbilion dolar - Biden

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:36 PM | Show all posts |Read mode

Kebakaran hutan yang berlaku di selatan California, AS bermula 7 Januari lalu merebak dengan pantas disebabkan angin kencang, dengan Los Angeles menjadi kawasan yang paling teruk terjejas di negeri itu. - Foto AGENSI

WASHINGTON: Pemulihan kawasan kejiranan di Los Angeles yang terjejas akibat kebakaran dahsyat akan menelan belanja berbilion dolar, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

"Ia akan memerlukan puluhan bilion dolar untuk memulihkan Los Angeles seperti sediakala. Jadi, kita perlukan Kongres untuk meningkatkan pembiayaan bagi menyelesaikan perkara ini. Dan kita akan laksanakan," menurut Biden dalam taklimat bersama pegawai persekutuan.

Kebakaran hutan yang bermula di Daerah Los Angeles pada 7 Januari dianggap sebagai yang terbesar dalam sejarah negeri itu.

Menurut pihak berkuasa, jumlah kawasan kebakaran melebihi 16,000 hektar.

Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban dan lebih 12,300 bangunan, termasuk kediaman selebriti musnah. Menurut ahli meteorologi cuaca kering dan berangin menyebabkan api merebak dengan pantas.

- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI    sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.514379 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list