CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12954|Reply: 0

Syarikat upah detektif buru kakitangan ambil 'MC palsu'

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode

Kes ketidakhadiran ke pejabat di Jerman didapati meningkat selepas pasca Covid-19. Foto Agensi

FRANKFURT - Beberapa syarikat di Jerman mengupah detektif atau penyiasat persendirian untuk menyiasat sama ada kakitangan mereka benar-benar sakit atau memohon cuti sakit (MC) palsu.

Agensi detektif, Lentz Group yang terletak berhampiran stesen kereta api di Frankfurt dikatakan 'membuat untung besar' selepas syarikat terbabit mengupah mereka melakukan perkara tersebut.

Pengasas agensi itu, Marcus Lentz mendedahkan syarikatnya menerima kira-kira 1,200 komisyen pada tahun 2024, peningkatan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Agensi Perangkaan Persekutuan Destatis, pekerja di Jerman mendapat purata 15.1 hari cuti sakit pada 2023, meningkat daripada 11.1 hari pada 2021.

Bagaimanapun, ketidakhadiran tinggi menyebabkan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Jerman berkurang sebanyak 0.8 peratus pada tahun 2023 atau menyumbang kepada penguncupan ekonomi sebanyak 0.3 peratus.

Menurut data daripada Pertubuhan Pembangunan Ekonomi (OECD), rakyat Jerman terlepas purata 6.8 peratus daripada waktu kerja mereka pada 2023 akibat penyakit, prestasinya lebih teruk daripada negara Kesatuan Eropah (EU) lain seperti Perancis, Itali dan Sepanyol.

Salah satu penyebabnya berkemungkinan pengambilan kadar cuti sakit tinggi selepas pasca wabak pandemik Covid-19.

Semasa Covid-19, Jerman memperkenalkan sistem polisi membenarkan pekerja mendapat MC melalui telefon jika mereka mendapat gejala ringan akibat wabak itu.

Ini telah menyebabkan penyalahgunaan MC palsu secara meluas selepas wabak, dengan sesetengah pekerja berpura-pura sakit seperti mengalami batuk atau gejala semasa rundingan telefon itu.

Di Jerman, pekerja yang sakit berhak mendapat gaji penuh daripada majikan mereka sehingga enam minggu dalam tempoh setahun. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034292 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list