CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6826|Reply: 0

Thailand dijangka alami cuaca sejuk sehingga Februari

[Copy link]
Post time 15-1-2025 04:36 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai menunggu bas ketika cuaca hujan di Bangkok, pada 24 September 2024. FOTO AFP

Bangkok: Thailand dijangka mengalami cuaca sejuk sehingga pertengahan Februari berikutan sistem tekanan tinggi baharu yang kuat dari China.
The Nation melaporkan, ramalan cuaca itu dikongsikan Jabatan Meteorologi Thailand menerusi hantaran Facebook (FB) pada 13 Januari lalu.

Walaupun sistem tekanan tinggi semasa yang meliputi bahagian atas Thailand dan Laut China Selatan semakin lemah, jabatan itu meramalkan cuaca sejuk hingga sejuk dan kabus pagi di kawasan utara, timur laut dan tengah berlaku dari 14 hingga 15 Januari.

Cuaca yang sejuk pada sebelah pagi juga diramalkan berlaku di timur dan atas selatan, termasuk ibu negara ini dan kawasan sekitarnya.

Jabatan itu memaklumkan hujan lebat terpencil dan ombak setinggi dua meter (m) dijangka membadai wilayah paling selatan Thailand, susulan Monsun Timur Laut.

Jabatan itu juga memberitahu sistem tekanan tinggi baharu yang kuat dari China akan meliputi bahagian atas utara Thailand dan Laut China Selatan.

Ia akan bermula 16 hingga 18 Januari hingga suhu rendah dan angin kencang ke wilayah itu.

Monsun Timur Laut boleh membawa hujan lebat dan hujan lebat terpencil ke bahagian bawah selatan dengan angin dijangka mencapai ketinggian dua hingga tiga m.

Walaupun sistem tekanan tinggi baharu itu dijangka lemah antara 19 dan 27 Januari, jabatan itu meramalkan cuaca sejuk akan berterusan di seluruh negara sehingga sekurang-kurangnya pertengahan Februari.

Jabatan itu juga meramalkan ketibaan awal musim hujan berikutan fenomena cuaca La Nina walaupun purata hujan lebih rendah berbanding (hujan lebat) pada Jun lalu.


Disiarkan pada: Januari 15, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045715 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list