CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9338|Reply: 0

Apa butiran perjanjian gencatan senjata Gaza?

[Copy link]
Post time 15-1-2025 04:50 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI memeriksa kenderaan yang musnah di tengah-tengah serpihan dan runtuhan di tapak pengeboman Israel di blok kediaman di Jalan Jalaa di Bandar Gaza, pada 14 Januari 2025. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Hamas akan membebaskan 33 tebusan yang ditahan di Gaza, manakala 1,000 tahanan Palestin akan dibebaskan Israel dalam peringkat pertama perjanjian gencatan senjata Gaza.

Perkembangan terbaru itu dilaporkan oleh sumber Israel dan Palestin.

Perantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) kini meningkatkan usaha untuk memuktamadkan perjanjian gencatan senjata dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Qatar memaklumkan perjanjian itu berada di peringkat akhir.

Berikut adalah butiran penting mengenai fasa awal perjanjian yang dijangkakan menurut pegawai Israel dan Palestin, dan laporan media.

Jurucakap kerajaan Israel, David Mencer pada Selasa mengesahkan Israel sedang menuntut pembebasan 33 tebusan sebagai sebahagian daripada proses peringkat pertama.

"Ya, terdapat 33 tebusan yang kami tuntut untuk dibebaskan," kata Mencer ketika taklimat media dalam talian, sambil menambah bahawa Israel bersedia membebaskan ratusan tahanan Palestin sebagai pertukaran.

"Israel bersedia untuk membayar harga yang mahal...," katanya

Seorang pegawai Israel yang enggan dikenali berkata, ratusan tahanan Palestin akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk tebusan, dengan jumlah akhir bergantung kepada berapa ramai daripada 33 tebusan itu yang masih hidup.

Dua sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu AFP bahawa Israel akan membebaskan kira-kira 1,000 tahanan Palestin, termasuk mereka yang menjalani hukuman yang panjang.

Tiga puluh tiga orang itu antara 94 tebusan yang ditahan di Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel hingga mencetuskan perang yang berterusan. Jumlah 94 itu termasuk 34 tebusan yang diisytiharkan tentera Israel sudah meninggal dunia.

Sumber yang rapat dengan Hamas berkata, peringkat pertama perjanjian itu menetapkan pembebasan 33 tebusan Israel secara berkelompok, bermula dengan kanak-kanak dan wanita.

Menurut Times of Israel, pegawai Israel percaya 33 tebusan masih hidup, walaupun belum ada pengesahan akhir daripada Hamas.

Minggu lalu, Hamas menyatakan pihaknya bersetuju untuk membebaskan 34 tebusan dalam peringkat pertama perjanjian pelbagai fasa.

Bagaimanapun, tentera Israel mendapati salah seorang daripada mereka yang disenaraikan sudah meninggal dunia, jadi angka keseluruhan tebusan adalah sebanyak 33 orang.


Disiarkan pada: Januari 15, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050466 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list