LABAH-LABAH itu dinamakan sebagai Atrax christenseni atau lebih dikenali sebagai ‘Big Boy’. FOTO Reuters
Canberra: Penemuan spesies labah-labah yang lebih besar dan lebih berbisa daripada salah satu labah-labah paling maut di dunia, disahkan oleh saintis Australia.
Sky News melaporkan, araknid itu mendapat jolokan 'Big Boy' dan ia boleh membesar sehingga sembilan sentimeter (sm) atau 3.54 inci berbanding lima sm atau 1.97 inci, berbanding spesies Sydney funnel-web yang biasa dilihat.
"Labah-labah ini jauh lebih besar, kelenjar racunnya lebih besar dan taringnya lebih panjang," kata pakar labah-labah, Kane Christensen.
Sydney funnel-web terkenal dengan racunnya yang bertindak pantas dan sangat toksik.
Namun, Christensen pertama kali menemukan spesies baharu itu pada awal 2000-an, berhampiran Newcastle, 170 kilometer di utara Sydney. Ia secara rasmi dinamakan Atrax christenseni sebagai penghormatan kepadanya.
"Kadang-kadang kamu mungkin menjumpainya di garaj atau di dalam bilik tidur atau di suatu tempat di dalam rumah di mana mereka mungkin berkeliaran pada waktu malam," kata Christensen, bekas ketua labah-labah di Taman Reptilia Australia.
"Kadang-kadang kamu mungkin menjumpainya di garaj atau di dalam bilik tidur atau di suatu tempat di dalam rumah di mana mereka mungkin berkeliaran pada waktu malam," kata Christensen, bekas ketua labah-labah di Taman Reptilia Australia.
"Saya tidak akan mengesyorkan untuk menyentuhnya kerana racun yang banyak," katanya.
Sementara itu, saintis dari Muzium Australia, Universiti Flinders dan Institut Leibniz Jerman mengesahkan pada Isnin bahawa labah-labah itu akan dikelaskan sebagai spesies yang berasingan daripada Sydney funnel-web.
Ia ditemukan di timur Australia, dalam lingkungan kira-kira 160 km dari bandar, dan paling aktif dari November hingga April dengan labah-labah jantan keluar pada waktu malam mencari pasangan.
Tiga belas kematian yang dikaitkan dengan labah-labah Sydney funnel-webs itu direkodkan, menurut Muzium Australia, tetapi tiada satu kematian berlaku sejak antivenom dibangunkan pada 1981.
Disiarkan pada: Januari 15, 2025
|