CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27640|Reply: 0

PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna teknologi AI

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:18 PM | Show all posts |Read mode

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra. FOTO AFP

Bangkok: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Rabu mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.

Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.

"Penipu itu malah menggunakan suara pemimpin itu, menyapa saya secara langsung dalam rakaman dengan berkata, 'Selamat pagi, Perdana Menteri Thailand.'

"Mereka memulakan dengan perbualan biasa sebelum meminta sumbangan, malah memberikan pautan kepada akaun bank asing. Ia sangat meyakinkan sehingga saya hampir mempercayainya," katanya semasa mesyuarat dasar belanjawan fiskal 2026 di sini, Rabu.

Bercakap kepada wartawan selepas itu, Paetongtarn melahirkan rasa terkejut terhadap realisme penipuan itu.

"Ini bukan seperti penipuan biasa yang kita tahu – panggilan dari nombor asing atau tuntutan rawak. Penipuan ini melibatkan AI untuk meniru suara pemimpin asing dengan tepat.

"Mereka menghantar klip suara terlebih dahulu, meminta kerjasama, diikuti permintaan sumbangan serta memberikan akaun bank asing. Teknologi ini begitu canggih sehingga mudah memperdaya sesiapa sahaja," katanya.

Paetongtarn menjelaskan bahawa beliau bernasib baik kerana terlepas panggilan lewat malam itu, tetapi penipu berkenaan menghantar rakaman suara lain bersama permintaan sumbangan pada keesokan paginya.

"Ketika itulah saya sedar ia adalah penipuan. Saya telah meminta Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat untuk menyiasat lebih lanjut kerana aplikasi yang digunakan bukanlah aplikasi biasa di Thailand seperti Line, tetapi aplikasi asing," jelasnya.

Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan yang semakin canggih, terutamanya penggunaan AI untuk meniru suara dengan sangat meyakinkan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menerima sebarang sumbangan atau bantuan kewangan daripada sesiapa.

"Saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini," katanya.

Paetongtarn turut menekankan komitmen kerajaan pimpinannya untuk memerangi jenayah siber dan melindungi rakyat daripada skim penipuan yang semakin canggih.


Disiarkan pada: Januari 15, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064870 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list