CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27678|Reply: 0

Banduan di California bantu bomba padam kebakaran di Los Angeles

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:28 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba dalam kalangan banduan di California menyertai operasi memadam kebakaran hutan yang berlaku di Los Angeles. - Foto AGENSI

LOS ANGELES: Lebih 1,000 banduan di California menyertai operasi memadam kebakaran hutan yang berlaku di Los Angeles, kata Jabatan Pemulihan dan Pemasyarakatan California (CDCR).

Menurut laporan goodmorningamerica (GMA), banduan terbabit secara sukarela mendaftar dalam Program Kem Pemuliharaan (Kebakaran) yang ditempatkan bersama anggota Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (CAL FIRE).

CDCR dalam kenyataan, berkata peserta program itu lazimnya dibayar antara AS$5.80 hingga AS$10.24 (RM26 hingga RM46) sehari dan ditambah AS$1 (RM4.50) sejam ketika bertugas ketika kecemasan.

Rumah dan kereta yang hangus terbakar di kejiranan Pacific Palisades di Los Angeles, California. - Foto REUTERS
Katanya, bagi mereka yang bertugas memadam kebakaran di Los Angeles dan bekerja dalam syif 24 jam, pendapatan harian mereka adalah sebanyak AS$26.90 (RM121).

"Anggota bomba Program Kem Kebakaran CDCR berbangga ditempatkan bersama kakitangan CAL FIRE bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan sumber semula jadi di California Selatan.

"Mereka (banduan) bekerja tanpa henti dengan menyekat laluan kebakaran dan menghapuskan punca kebakaran di belakang struktur bagi mengelakkan penyebaran api.

"Program ini sekali gus menjadi sokongan penting ketika berlaku kecemasan," katanya.

Bagaimanapun, jumlah sebenar jam dan syif yang dilakukan oleh anggota bomba dalam kalangan banduan berkenaan sejak kebakaran hutan tercetus di Los Angeles pada 7 Januari lalu belum dapat dipastikan.

Menurut CDCR, program berkenaan juga memberi ruang kepada pensijilan tindak balas kecemasan profesional dan peluang pekerjaan selepas banduan dibebaskan.

"Ia juga membolehkan rekod jenayah mereka dihapuskan dan memberikan peluang untuk mengurangkan hukuman," katanya.

Kebanyakan anggota bomba dalam kalangan banduan itu menerima tambahan dua hari tempoh pengurangan hukuman untuk setiap satu hari mereka bertugas dalam operasi kebakaran.

Bagi sukarelawan program itu yang bertugas sebagai kakitangan sokongan tetapi bukan petugas kebakaran akan menerima satu hari pengurangan hukuman untuk setiap satu hari mereka bertugas.

CDCR berkata, program itu bermula sejak 1915, namun ia diperluaskan di California pada tahun 1940-an disebabkan kekurangan anggota bomba ketika Perang Dunia Kedua.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Negeri 2147, yang diluluskan pada 2020, membolehkan anggota bomba dalam kalangan banduan boleh memohon kepada mahkamah untuk membatalkan sabitan mereka selepas tamat hukuman.

Kebakaran di Los Angeles mendapat perhatian dalam program terbabit dan mendapat kritikan daripada pelbagai pihak mengenai kadar bayaran diterima anggota bomba dalam kalangan banduan berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043732 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list