CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32317|Reply: 0

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun catat rekod tertinggi pada 2024

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:44 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 36.87 juta pelancong asing mengunjungi Jepun pada 2024 dengan membelanjakan sejumlah 8.14 trilion yen untuk penginapan, membeli-belah dan perbelanjaan lain. Foto Reuters

TOKYO - Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (AS$50.8 bilion) buat kali pertama, lapor agensi berita Kyodo berdasarkan data kerajaan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pelancong asing membelanjakan sejumlah 8.14 trilion yen untuk penginapan, membeli-belah dan perbelanjaan lain pada 2024, mengatasi rekod terdahulu sebanyak 5.31 trilion yen yang dicatatkan pada 2023, menurut angka awal daripada Agensi Pelancongan Jepun.

Seramai 36.87 juta pelancong asing mengunjungi Jepun pada 2024, dengan peningkatan ini didorong oleh nilai yen yang lemah serta penyambungan semula laluan penerbangan antarabangsa ke Jepun selepas pandemik Covid-19, menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun.

Menurut laporan itu, angka kumulatif dari Januari hingga November tahun lalu sudah pun melepasi rekod tahunan sebelumnya iaitu 31.88 juta pelancong pada 2019, sebelum pandemik.

Kerajaan menyasarkan untuk menarik 60 juta pelawat setahun dan meningkatkan perbelanjaan tahunan mereka kepada 15 trilion yen menjelang 2030, tetapi berdepan isu berkaitan pelancongan berlebihan serta kekurangan tenaga kerja dalam sektor hospitaliti.

Usaha turut dilakukan untuk menarik lebih ramai pengembara mewah serta menggalakkan pelawat melawat kawasan luar bandar dengan memperbaiki akses ke lapangan terbang serantau. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.405490 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list