CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11782|Reply: 0

Pelumba buat aksi ‘wheelie’ dengan kelajuan 202.67 kilometer sejam

[Copy link]
Post time 16-1-2025 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Magnus Carlsson melakukan aksi ‘wheelie’ sambil duduk di atas bar hendal motosikal di Lapangan Terbang Skovde, Sweden. - Guinness World Records


STOCKHOLM – Seorang pelagak ngeri Sweden memecah Guinness World Records selepas melakukan aksi ‘wheelie’ sambil duduk di atas bar hendal pada kelajuan 202.67 kilometer sejam, lapor agensi berita United Press kelmarin.

Magnus Carlsson, 51, mencatatkan rekod dunia untuk aksi bar hendal ‘wheelie’ terpantas menggunakan motosikal jenama KTM 1290 Super Duke.

Percubaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Skovde, Sweden.

Pencapaian itu mengatasi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2020 dengan kelajuan mencecah 175.78 kilometer sejam.

“Bar hendal ‘wheelie’ merupakan aksi kegemaran saya dan sepanjang kerjaya sebagai seorang pelumba lagak ngeri.

“Memandangkan terdapat beberapa rekod dunia dibuat dan didokumentasikan oleh Guinness World Records, saya mahu memecahkan rekod ini sementara saya masih mempunyai motosikal dan kemahiran,” tambah Carlsson. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038260 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list