CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11951|Reply: 0

[Pulau Pinang] Malaysia terajui ASEAN-BAC 2025, perkenal 12 inisiatif baharu

[Copy link]
Post time 16-1-2025 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-1-2025 03:17 PM

Malaysia terajui ASEAN-BAC 2025, perkenal 12 inisiatif baharu

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 Januari 2025 02:35pm




Nazir (tengah) menerangkan mengenai 12 inisiatif baharu dalam sidang akhbarnya pada Khamis.




GEORGE TOWN - Malaysia kini bersedia untuk mengorak langkah besar sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan memperkenalkan 12 inisiatif baharu menerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia.

Pengerusi ASEAN-BAC, Tan Sri Nazir Razak berkata, antara inisiatif yang difokuskan adalah entiti perniagaan ASEAN (ABE) dan inisiatif identiti ASEAN.

Menurutnya, kepimpinan Malaysia yang mampan menawarkan peluang unik untuk merintis kerjasama serantau yang lebih erat dengan tiga kelebihan utama.

"Tiga faktor yang membawa keyakinan terhadap masa depan ASEAN iaitu pemahaman jelas tentang potensi rantau ini.


"Kedua, generasi pemimpin baharu seperti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan semangat baharu untuk kerjasama serantau. Ketiga, kedudukan berkecuali ASEAN di tengah ketegangan politik global menjadikannya destinasi pelaburan utama,” katanya.

Sebelum itu, Nazir merasmikan sidang akhbar mengenai 102nd Asean-BAC Counsil Meeting and 25th Joint Counsil Meeting di sini pada Khamis.



]
Nazir (tengah) bersama kumpulan kerjasama ASEAN-BAC Malaysia yang hadir dalam sidang akhbar di sebuah hotel pada Khamis.




Sidang akhbar itu turut disertai wakil dari negara anggota Asean serta rakan ekonomi utama seperti Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Jepun, Kanada, Australia dan New Zealand.


Majlis tersebut turut menyaksikan pengumuman 33 kerjasama strategik dan pemeteraian tiga memorandum persefahaman yang bertujuan memperkukuh integrasi ekonomi dan kerjasama serantau.

Perbincangan tertumpu kepada usaha kolektif untuk merealisasikan 12 inisiatif tersebut, yang meliputi pelbagai sektor strategik bagi memperkukuh kedudukan ASEAN di peringkat global.

Malaysia sebelum ini secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula 1 Januari dengan tema 'Keterangkuman dan Kemampanan' yang mana, tahun ini menandakan kepengerusian buat kali kelima selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Malaysia akan menganjurkan lebih 350 mesyuarat dan program utama di seluruh negara sepanjang tahun ini di bawah tema tersebut.

Tambah Nazir, tema utama kepengerusian kali ini adalah 'Unifying Markets for Shared Prosperity' selari dengan konsep Madani yang diperkenalkan kerajaan Malaysia serta tema ASEAN 2025.

"Saya yakin inisiatif baharu ini mampu mengubah landskap ekonomi ASEAN, yang kini diiktiraf sebagai ekonomi kelima terbesar dunia dengan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) mencecah USD230 bilion pada 2023.

[size=1.25]"Kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN-BAC 2025 adalah peluang penting untuk kita memacu rantau ini ke arah pembangunan jangka panjang menerusi Rancangan Strategik ASEAN 2045," katanya.

Mengulas lanjut mengenai 12 inisiatif tersebut, ABE antara inisiatif yang akan diberikan penekanan berikutan matlamat utamanya adalah memudahkan perniagaan rentas sempadan iaitu mengurangkan halangan birokrasi, peraturan dan cukai di antara negara-negara anggota ASEAN.

"Ia juga bagi meningkatkan integrasi ekonomi serantau dengan membolehkan syarikat-syarikat ASEAN memanfaatkan potensi pasaran serantau yang lebih besar sebagai satu blok ekonomi.

"ABE juga dilihat mampu menarik pelaburan asing dalam memberikan keyakinan kepada pelabur global bahawa ASEAN menawarkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan efisien.

"Selain itu, ia akan memperkuatkan jenama ASEAN itu sendiri dengan membangunkan ASEAN sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan yang berdaya saing di peringkat global," jelasnya.

Kata Nazir, jika ia dilaksanakan, kerangka itu akan memberi kelebihan kepada syarikat di ASEAN untuk menjalankan operasi perniagaan seperti syarikat tempatan di setiap negara anggota, sekali gus menggalakkan kolaborasi dan pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau ini.


https://www.sinarharian.com.my/article/707523/berita/nasional/malaysia-terajui-asean-bac-2025-perkenal-12-inisiatif-baharu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075265 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list