CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14340|Reply: 0

[Sabah] Jangan alpa aspek keselamatan semasa sambutan perayaan

[Copy link]
Post time 16-1-2025 04:39 PM | Show all posts |Read mode


ZAINAL

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak alpa tentang aspek keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sepanjang tempoh sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarahnya, Jainal @ Zainal Madasin berkata, seperti sedia maklum, musim perayaan sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kebakaran dan kemalangan.
Katanya, seluruh masyarakat diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan perayaan ini berlangsung dengan selamat dan harmoni.

“Pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, JBPM mengingatkan semua masyarakat agar peka terhadap isu keselamatan dan mengurangkan risiko kebakaran semasa aktiviti memasak.

“Kecuaian semasa memasak adalah salah satu punca yang menyebabkan kebakaran dan saya ingatkan agar setiap aktiviti di dapur perlu diawasi dan sentiasa elakkan gejala 3L iaitu lupa, lalai dan leka.

“Jangan lupa menutup suis elektrik dan jangan lupa mematikan api selepas memasak, jangan lalai dengan membiarkan anak-anak bermain api dan jangan leka dengan bermain telefon pintar dengan membiarkan masakan didapur tanpa pengawasan,” katanya.

Selain itu katanya, masyarakat juga digesa untuk memastikan tahap keselamatan kebakaran di rumah berada dalam keadaan baik dengan menyusun peralatan dirumah agar sentiasa kemas, memastikan perkakas elektrik dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan serta memastikan tiada penyambungan wayar elektrik yang berlebihan bagi mengelakan litar pintas.

“Untuk makluman, berdasarkan statistik panggilan kebakaran sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina tahun lalu, sebanyak 773 panggilan kebakaran melibatkan kebakaran struktur dan 781 panggilan melibatkan kemalangan kenderaan.

“Daripada statistik panggilan kebakaran terbabit, dua kematian dicatatkan dan lima mangsa mengalami kecederaan akibat kebakaran.

“Bagi mengelak tragedi yang tidak diingini, jabatan ini juga menyarankan agar setiap penghuni kediaman meyediakan alat pemadam api di rumah masing-masing sebagai langkah pencegahan awal,” katanya.

Beliau juga mengingatkan masyarakat agar meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dan mengurangkan risiko kerugian.

“Sayangi nyawa dan harta benda, keselamatan tanggungjawab semua, semoga tahun yang baru ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan kepada kita semua,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072979 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list