|
Seorang pegawai berprofil tinggi ditahan polis kerana merempuh tiga remaja perempuan menggunakan kereta dipandunya dalam kejadian pada petang Isnin.
Mangsa yang terdiri daripada dua beradik dan seorang rakan itu dikejarkan ke hospital berdekatan.
Seorang daripada mereka maut akibat kecederaan parah manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal susulan nahas ngeri yang berlaku di Haldwani, India.
Menurut jurucakap polis, mangsa merupakan Mahi Singh, 14, Kanak Singh, 17, dan rakan mereka, Mamta Singh yang berusia 15 tahun.
Ketika kejadian, mereka difahamkan sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dari karnival di sekitar kawasan kediaman.
Sementara itu, pegawai terbabit dikenali sebagai Bhupendra Singh yang menguruskan hal kewangan daerah dipercayai memandu dalam keadaan mabuk serta melebihi had laju.
"Dia cuba melarikan diri daripada tempat kejadian selepas melanggar mangsa, namun keretanya terbabas beberapa meter ke depan.
"Suspek terperangkap di dalam kereta, anggota polis yang tiba di tempat nahas membantu mengeluarkannya. Ujian saringan awal pernafasan mengesahkan kandungan alkohol yang tinggi di dalam badan.
"Suspek akan ditahan di dalam lokap sementara menunggu keluiarga mangsa membuat laporan lengkap," ujar jurucakap.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|