CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9900|Reply: 10

[Jenayah] "Kau Rasa Berkat Ke?" -Lelaki Berhabis Guna Duit Sendiri, Takkan Halalkan Orang Yang Mencuri!

[Copy link]
Post time 19-1-2025 12:33 PM | Show all posts |Read mode


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Iman Kamil tampil menegur individu-individu termasuk penjual yang suka menggunakan videonya untuk meraih keuntungan sendiri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@yes_iman), dia mendedahkan jumlah yang harus dibelanjakannya setiap bulan hanya untuk membuat video ‘review’ affiliate miliknya sendiri.

Menurut Iman, tidak semua produk atau barangan yang ada padanya adalah ditaja, sebaliknya dia harus membeli menggunakan duitnya sendiri.

Dalam video tersebut, Iman juga menunjukkan jumlah yang telah dibayarnya iaitu RM2,996.64 bagi produk-produk yang akan dijadikan video affiliate bulan hadapan.

“Aku nak bagi tahu untuk sesiapa yang senang-senang curi video orang lepas itu letak link (affiliate) sendiri, buat duit sendiri atas video orang, kau rasa berkat ke?

“Aku habis beribu-ribu tahu tak untuk setiap bulan, aku pernah habis RM5,000-RM6,000 untuk satu bulan bergantung pada produk, kalau produk itu mahal aku kena beli lah produk-produk yang mahal.

“Sebab itu sampai RM5,000-RM6,000 aku pernah habiskan untuk nak buat video lepas itu senang-senang orang ambil video aku dan letak (link) affiliate sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga terpaksa menanggung rugi dengan tidak memuat naik video ‘review’ sekiranya produk yang telah dibeli itu tidak sama seperti apa yang diiiklankan oleh penjual.

Iman tak halalkan sesiapa sahaja yang curi videonya

Dalam pada itu, Imam juga tidak menghalalkan sesiapa sahaja yang telah mencuri videonya selama ini untuk meraih keuntungan sendiri.

Fuh bab halal and haram tak boleh buat main-main, korang yang pernah curi video-video orang lain and letak link affiliate sendiri sebaiknya berhentilah.

Mesti rasa lagi puas hati kalau korang buat video sendiri berbekalkan modal sendiri, insya-Allah lebih berkat. ????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2025 08:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 08:26 AM | Show all posts
47 pun boleh lepas dik, masuk 10% dalam tabung surau, kira dah suci tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 08:45 AM | Show all posts
integriti tak de
ada sesetengah tu mmg dh bg tau siap2 boleh je ambik
tp letak sumber asal, credit nama
maybe lps ni die kena ltk siap2 larangan utk tidak copy video die

1 lg, akta plagiat tak terpakai ke utk video content yg ceduk dr video org lain


btw berapa agknya income die ni
sampai kena keluar modal beribu mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 01:21 PM | Show all posts
shamsadis replied at 21-1-2025 08:26 AM
47 pun boleh lepas dik, masuk 10% dalam tabung surau, kira dah suci tu

hurmm betul juga kan 47 pun boleh lepas
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah sanggup mencuri tu, mana nak kezzah pasal berkat, halal haram sume ni.. watermark je la bideo konten tu tak bole ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2025 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde cara ka nak elak bideo drp kena ceduk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dapatkan income aktiviti lagha berkaitan video photo internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-1-2025 08:45 AM
integriti tak de
ada sesetengah tu mmg dh bg tau siap2 boleh je ambik
tp letak sumber asal, credit n ...

iols pernah bc kat thread ada h/wife dpt 9k++/month buat affiliate ni.
tp rasanya tu plg max dia pernah dpt kot belum tolak modal lg sbb thread tu berkenaan dia nak kerja lepas 11thn jd fulltime h/wife
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 05:46 PM | Show all posts
syamzana replied at 21-1-2025 05:14 PM
iols pernah bc kat thread ada h/wife dpt 9k++/month buat affiliate ni.
tp rasanya tu plg max dia p ...

wow. that's a lot


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 11:22 PM | Show all posts
kalau ttok ... mana boleh guna video orang ... terus hilang beg kuning ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.218941 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list