CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10350|Reply: 10

[Tempatan] Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Rakyat Sempena Musim Perayaan – Menteri Kerja Raya

[Copy link]
Post time 22-1-2025 09:42 AM | Show all posts |Read mode



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan di Malaysia sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada tahun lalu dan memaklumkan kerajaan akan menggantikan dengan pendekatan yang lebih bersasar.

Bagaimanapun, Alexander tidak menyatakan apakah pendekatan bersasar yang akan digantikan dengan pemberhentian tol percuma itu.



"Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan."

Tambahnya, keputusan terbabit dibuat kerana kerajaan mahu menyelaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar dan perincian tentang itu akan dimaklumkan kemudian.

"Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan."

Menurut Berita Harian, sebelum ini kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.

Secara purata, kerajaan dilaporkan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma.


Sumber : Beautifulnara

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakah akan ada u turn disaat² akhir nnt, kunun jd penyelamat menggumbirakan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 09:48 AM | Show all posts
MADANI no subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 09:53 AM | Show all posts
ni antara contoh dia create bala lepas tu dia cancel bala.  kau tgk tak caya.  mcm pernah berlaku sebelum ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ka amek cuti seminggu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:59 AM | Show all posts
Jgn kau buat cny tak de lepas tu bila raya kau bg lak.  Memang saitonnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2025 12:34 PM | Show all posts
Apakah hal ini hanya diterapkan untuk perayaan Tahun Baru China yang akan dipusatkan  untuk dirayakan secara "Megah dan Besar-Besaran"  oleh orang berbangsa china dari seluruh dunia di MalayDesh tahun 2025 ini?   
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka pengguna kenderaan persendirian. Waktu lain boleh bayar, kenapa waktu perayaan tak mampu pulak. Siapa yg mulakan dahulu tradisi tol percuma waktu perayaan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 12:48 PM | Show all posts
Bila tol percuma tu yang jem teruk kat highway. Kalau berbayar rasanya kena fikir 2 kali nak lalu highway
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya musim perayaan ni lah nak naik harga. Hukum supply and demand kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar je la tol macam biasa. Gigih betul nak bersasar bagai. Macam mana nak tentukan pun taktau.

Elok2 ada GST pergi mansuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.111898 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list