View: 9943|Reply: 3
|
Awan menyeramkan di langit lebuh raya Sorocaba, Brazil
[Copy link]
|
|
BRASILIA – Seorang wanita yang sedang memandu dan beberapa rakannya terkejut apabila melihat awan ribut di langit Sorocaba, Brazil, lapor laman berita MailOnline semalam.
Ketika kejadian baru-baru ini, Thalessa Turibio, 29, sedang memandu di sebuah lebuh raya menuju ke kampung halamannya.
Thalessa, 29, menceritakan bahawa langit tiba-tiba menjadi gelap ketika dia memandu di Lebuh Raya Raposo Tavares.
Dia mempertimbangkan untuk berpatah balik dan pulang ke rumah.
Namun, wanita itu kemudian memutuskan bahawa adalah berbaloi untuk dia mengambil risiko pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya di Campina do Monte Alegre.
Pasukan Pertahanan Awam Sao Paulo berkongsi klip video tentang pembentukan awan menakutkan tersebut, menggambarkan fenomena cuaca yang berlaku sebagai ‘supercell’.
“Ia mempunyai bentuk sedemikian disebabkan oleh putaran angin dalam awan,” kata pasukan itu. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
rasa macam pernah tengok wallpaper awan camtu, tapi waktu cerah
cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Agenda HAARP dan Neutrino Deteksi untuk menumpulkan pemikiran ummah bumi sejagat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik tapi mencemaskan weh |
|
|
|
|
|
|
| |
|