CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23479|Reply: 0

[Kedah] Anak jadi mangsa buli sejak sekolah lagi

[Copy link]
Post time 23-1-2025 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Anak jadi mangsa buli sejak sekolah lagi

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Januari 23, 2025 @ 5:11pm[email protected]




Mohamad Zambri Ahmad, 45, melihat kereta Perodua Axia yang musnah dalam kebakaran membabitkan rumah pusakanya di Kampung Bukit Terabak, Kupang yang dipercayai dilakukan bekas rakan sekerjanya. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





BALING: "Anak saya seorang yang lembam dalam pelajaran, dia menjadi mangsa buli sejak di sekolah dan berterusan sehingga di tempat kerjanya," kata ibu suspek ditahan polis kerana dipercayai membakar beberapa rumah penduduk di Kupang.

Ibu kepada lima orang anak ini, berkata dia menyedari anaknya kelihatan murung sejak akhir-akhir ini dan pernah mengadu dibuli di tempat kerja.

"Dia kata dia masih dibuli apabila mula bekerja di sebuah kilang getah di sini, sebaik saja tamat Tingkatan Lima.

Pernah balik kerja kilang getah dengan mulut berdarah

"Pernah satu ketika, dia balik dengan mulut berdarah. Dia kata rakan sekerjanya sumbat getah skrap ke dalam mulut," katanya sambil menangis.

Wanita itu yang enggan namanya dikenali, berkata dia sangat tertekan selepas anaknya ditahan polis apatah lagi perlu menyara suami yang mengidap strok dan tiga anak yang masih bersekolah.

Katanya, anak sulungnya itu sudah berhenti kerja dua tahun lalu namun masih menjadi mangsa buli oleh bekas rakan sekerja yang masih berhubung dengannya.

Polis memanggil anaknya empat kali untuk siasatan sebelum ditangkap pada Ahad lalu.

"Saya tanya dia sama ada dia terbabit dalam kes bakar itu, tetapi dia menafikannya. Selepas ditangkap, saya diberitahu bahawa dia hanya mengaku terbabit dalam kes pertama saja.

"Terkejut apabila mendapat tahu polis mengaitkan anak saya dengan sembilan kes kebakaran di Kupang," katanya.

Wanita ini berkata, dia buntu bagaimana hendak membantu anaknya kerana dia tidak mampu mengupah peguam.

"Anak saya sangat memberi kerjasama dengan polis, saya tidak tahu apa nasibnya selepas ini, sekiranya ada peguam sanggup tawarkan perkhidmatan percuma, saya sangat alu-alukan," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Sementara itu, jiran suspek, Harizal Abu Bakar, 35, berkata suspek kurang bergaul dengan orang kampung dan lebih suka berada di rumah.

"Saya tidak tahu sangat mengenai mereka, jika sakit, demam atau kenduri baru kami pergi rumah mereka, begitu juga sebaliknya, mereka datang jika kami jemput kenduri.

"Semalam orang kampung ada buat mesyuarat apabila kami dikatakan pulaukan mereka, itu tidak benar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1352873/anak-jadi-mangsa-buli-sejak-sekolah-lagi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.090319 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list