CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23848|Reply: 0

[Pulau Pinang] Padah simpan mercun, pekerja medan selera didenda RM8,500

[Copy link]
Post time 23-1-2025 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Padah simpan mercun, pekerja medan selera didenda RM8,500

MOHD ISKANDAR OTHMAN
23 Januari 2025 04:59pm




Tertuduh (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth pada Khamis.




BUTTERWORTH - Seorang pekerja medan selera didenda RM8,500 selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun secara haram pada 19 Januari lalu.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal turut menetapkan hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya tertuduh Tan Su Xuan, 27, gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 161 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit yang sah di Sungai Puyu di sini, jam 7.30 malam pada 19 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh susulan jumlah rampasan besar.

Bagaimanapun, peguam, Muhammad Nur Arif yang mewakili tertuduh memonon agar mahkamah mengenakan hukuman dalam bentuk denda minima atas alasan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh selain perlu menyara kedua-dua ibu bapanya dengan pendapatan bulanan RM2,500 sebagai pekerja medan selera.


https://www.sinarharian.com.my/article/708922/edisi/utara/padah-simpan-mercun-pekerja-medan-selera-didenda-rm8500


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.048855 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list